0

Adik Kecil

Hari ini hari kedua adik kecil menghidapi sakit demam. :~  Tiada selera makan dan hanya terbaring di atas tilam sahaja. Hanya bangun apabila perlu seperti mahu pergi ke bilik air. Di waktu ini, emaklah yang menjadi doktor dan jururawat dalam menjaga setiap gerak-geri adik kecil bagi memastikan adik kecil akan sihat dan sembuh.

Namun begitu, adik kecil tetap tabah. 2 hari adik demam dan 2 hari itulah adik kecil tetap juga pergi ke sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Hampir 8 jam lamanya dengan hanya 2 kali sahaja waktu rehat; rehat pagi dan rehat untuk solat zohor.

Sekian sahaja dahulu untuk kisah adik kecil ini.

Kembali ke alam saya iaitu alam pembelajaran di kolej.

Alangkah baiknya jika kawan-kawan saya dapat mencontohi sikap adik kecil ini. Adik kecil tabah pergi ke kelas walaupun dalam keadaan demam.

Tambahan pula, kebiasaannya pengajian di peringkat tinggi tidak membabitkan waktu yang panjang. Jika pengajian melibatkan waktu yang panjang sekalipun, ia hanya untuk beberapa hari sahaja dan bukannya hari yang berturut-turut. Adik kecil tabah pergi ke kelas walaupun waktu kelas bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4 petang. :Brow 

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga kisah adik kecil ini akan dapat memberi manfaat kepada semua khususnya diri saya.

Jumpa lagi.

0

Atas Landasan

Hari Sabtu lepas, teramatlah sibuk saya dan letih dengan futsal, bukan kerana beraksi tetapi kerana menyaksi. Kenapa sengaja menyaksi? Kerana ia melibatkan kawan-kawan, sekurang-kurangnya dapat sumbang sokongan moral dan jadi si pengkritik di belakang. :r 

Menang dan kalah adalah adat dalam sesuatu pertandingan. Jika kalah, mudah sahaja untuk menanganinya..katakan pada diri sendiri dengan melakukan sedikit perubahan pada struktur ayat. Contohnya:

Saya bukanlah yang terbaik tetapi saya juga bukan yang terakhir.
Saya tidak kalah cuma saya belum menang lagi.

Perhatikan 2 ayat di atas, keduanya datang dalam bentuk positif. Minda yang positif akan melahirkan tindakan yang positif dan seterusnya akan diikuti oleh usaha yang konsisten.

Kadangkala kekalahan yang dihadapi membuatkan kita untuk terus berusaha. Selain itu, ia juga dapat menyedarkan kita akan kelemahan yang harus diperbaiki dan ditingkatkan lagi. Ia juga dapat menguji sejauh mana kekentalan emosi kita dalam mengawal perasaan khususnya marah. Jika kita kalah hari ini, tidak semestinya kita akan kalah lagi keesokannya dan pastinya kita tidak mahu untuk terus kalah pula. Jika kita suka kalah, pelik juga tu!. xo 

Senyumlah dan rasailah betapa nikmatnya jiwa yang tenteram daripada sebarang perkara negatif. :) .

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada apa-apa tambahan, adalah amat dialu-alukan.

Jumpa lagi.

0

Mendengar Dengan Berkesan

Artikel kali ini adalah susulan daripada artikel-artikel yang lepas iaitu berkaitan dengan 'public speaking' dan bertutur dengan berkesan.

Setelah bercakap, pasti ada yang mendengar. Jika bercakap keseorangan tanpa sebab yang munasabah, pasti ada sesuatu yang tidak kena di situ. :D

Perkongsian kali ini adalah bagaimana untuk mendengar dengan berkesan?

Pertama sekali: Anggaplah bahawa yang sedang bercakap itu adalah kita. Apa perasaan kita ketika itu?.

Kedua: Beri perhatian yang sepenuhnya.

Ketiga: Elakkan daripada menilai seseorang yang berucap dari segi luaran. Mungkin apa yang diucapkan itu bermanfaat bagi kita walaupun sedikit.

Keempat: Tidak mencelah ketika seseorang sedang berucap. Namun begitu, hal ini tertakluk kepada waktu dan ketikanya. Contohnya di majlis rasmi yang besar, mencelah ketika seseorang sedang berucap eloklah dielakkan. Adapun di dalam kelas pembelajaran ataupun di dewan kuliah, sesetengah guru mahukan anak muridnya aktif. Jika anda pernah bergurukan pensyarah-pensyarah contohnya dari Mesir, pasti anda akan mengakui hakikat ini. :e 

Kelima: Tunjukkan reaksi yang baik. Tidak terlalu 'selamba' dan tidak pula terlalu memberi tumpuan sehingga mata menjadi kecil. hehe..

Sekian sahaja untuk 5 ini. Jika anda ada apa-apa berkaitan topik ini, kongsilah bersama saya. Saya juga seperti anda, masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi hebat. InsyaAllah. Kita boleh 8) .

0

Cuti Dah Habis..

Hari ini tamatlah sudah percutian indah saya, cuti pertengahan semester ditambah pula dengan 2 hari cuti tahun baru cina, hmm..boleh tahan juga cuti kali ni. hehe.

Dan hari ini juga akan bermulalah semula kuliah saya di kolej. Hadiah sudah diberi kepada diri, kini tibanya masa  untuk kembali beraksi. Moga-moga enjin yang berehat lama tidak akan semput. :) .

Semoga kita tidak mengantuk ketika di dalam kelas.
Semoga kita lebih bersemangat untuk belajar.
Semoga kita berjaya dengan jayanya.

Apa yang penting, bersungguh-sungguhlah dalam melakukan setiap perkara. Sebagai pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Sebagai pekerja, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Sebagai pencuri, insaf-insaflah. :) .

Baiklah, cukup dahulu untuk artikel ringkas kali ini. Jadilah sahabat blog ini. Semoga berjumpa lagi.

0

Bertutur Dengan Berkesan

Bertuturlah


Masihkah anda ingat artikel yang lepas berkenaan 'public speaking'? Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana hendak praktikkan pengucapan umum. Sebelum itu, ingatlah bahawa tidak semestinya pengucapan umum adalah di khalayak ramai. Aktiviti harian kita juga banyak menuntut kita untuk bercakap, bertutur, berkata-kata, berucap dan sebagainya. :)


Berikut beberapa cara yang dapat dilakukan:


1. Tutur dengan penuh yakin


2. Pastikan ayat-ayat anda teratur.


3. Pastikan mata anda bersama dengan mata pendengar (eye contact). Ia berbeza mengikut keadaan.


4. Sekiranya boleh, sertai juga dengan beberapa pergerakan badan (body language). Contohnya: pergerakan tangan.


5. Sekiranya melibatkan sesuatu urusan rasmi, tuturlah dengan bahasa baku dan elakkan bahasa pasar walaupun anda berada di negeri anda sendiri. Ini akan lebih memberi kesan khususnya kepada pendengar.


6. Tenang dan jangan gemuruh. Just relax okey :) (termasuklah saya)


7. Bertindaklah secara professional.


Sekadar itu dahulu untuk kali ini dan pasti ada banyak lagi cara-caranya selain daripada 7 ini. Kongsilah bersama saya dengan memberi komen. :D .


0

Pengucapan Awam


Tiba2 ja gambar pembesar suara. Hal ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan 'public speaking' ataupun pengucapan awam. Kenapa pula? kerana saya sedang mengulangkaji subjek public speaking. :O .

Apa itu 'public speaking'? mudah sahaja, pengucapan awam atau pun berucap dan bercakap di khalayak ramai. Jangan marah :D .

Pentingkah kemahiran ini? Sejauh mana pentingnya ia?

Cuba lihat dan perhati di sekeliling kita. Kebanyakan mereka yang hebat adalah mereka yang berkebolehan dalam pengucapan awam ini. Tidak saya nafikan tidak semua kita mempunyai kebolehan ini. Namun begitu ia boleh dipelajari dan diamalkan. Orang biasa seperti kita pun boleh. Buktikan! 8) .

Selain itu, ia bukan sahaja melibatkan pengucapan di khalayak ramai, malah di situasi-situasi yang lain juga. Contohnya seperti di kedai kopi, di pejabat, di hari perayaan bersama keluarga dan sebagainya.

Bayangkanlah anda akan ditemuduga bagi sesuatu kerja dan pastinya anda akan diaju dengan beberapa soalan yang menuntut anda untuk bersuara :) . Bukankah kemahiran bercakap ketika itu sangat penting.

Nak contoh lagi? baiklah. Anda sudah berkahwin dan mempunyai anak. Anak anda berjaya mencapai keputusan yang cemerlang di sekolah. Pihak sekolah menjemput anda untuk memberikan ucapan berkenaan tips-tips mendidik anak. Nah..nampakkan kepentingannya.

Nak lagi?. Anda adalah ejen pemasaran bagi sesuatu produk. Anda ingin menjual produk kepada pelanggan anda. Bagaimanakah keadaannya apabila anda lemah dalam menyampaikan ucapan.

Begitu juga jika anda adalah ustaz, guru, ataupun pensyarah. Hal ini kerana mengajar itu juga merupakan penyampaian awam. Semestinya kita mahu para pendengar dapat memahami sebaiknya apa yang kita sampaikan.

Anda sudah nampak kepentingannya kan. Ayuh sama-sama kita tingkatkan kemahiran kita termasuklah diri saya. hehe :$ .

Semoga berjumpa lagi.



0

Mid Sem Break


Cuti pertengahan semester bagi kolej pun bermula. Yahoo!!..boleh relaks :-) . Namun begitu, tugasan untuk musim cuti pun banyak. Huhu :c .


Lihatlah gambarnya di sebelah. Wow! banyaknya. (kertas berwarna kuning). Boleh ka siapkan dalam tempoh masa seminggu walaupun sebahagian?

Inilah cabaran musim cutiku. Sambil bersukaria sambil siapkan tugasan. Sambil siapkan tugasan sambil bersukaria. Main tarik tali.

Namun begitu, sedarkah kita bahawa di sebalik tugasan yang banyak ini tersembunyi juga kebaikannya. (Chewwah ayat power). Apakah kebaikannya itu? Baiklah, mari kita kongsi bersama..

1. Masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja. Masa cuti yang lapang dapat kita isi dengan menyiapkan segala tugasan yang diberi.

2. Tugasan itu baik. Ya, tugasan yang diberi akan memberi manfaat kepada kita. Bagaimanakah caranya? Siapkannya dan rasailah kemajuan pada diri. Apa yang telah kita capai setelah menyiapkannya? Pasti ada faedahnya. Contohnya: saya akan dapat rasakan seolah-olah telah membawa diri saya ke tahap yang lebih baik selepas menyiapkan beberapa tugasan. Anda juga pasti boleh. Malaysia boleh!.

3. Mengajar kita apa itu disiplin. Tugasan yang banyak memerlukan jadual yang baik. Apa gunanya jadual jika tanpa pelaksanaan dan tiada pelaksanaan tanpa disiplin diri yang kuat. Sesungguhnya hal ini memerlukan sedikit kesungguhan dan pengorbanan diri.

4. Dan yang ke-4, Saya nak tahu pendapat anda pula. Kongsilah bersama saya :-). Semoga artikel ini akan dapat memberi manfaat bersama.

Jumpa lagi.


0

90 Minit


Minat bola sepak? Jom bersembang tentang bola sepak. :-)

Di dalam bola sepak, tempoh permainannya adalah 90 minit. Jika pasukan lawan mendahului dengan jaringan gol dan pasukan anda ketinggalan, jangan mudah menyerah kalah, teruskan berusaha sehingga ke minit-minit akhir perlawanan. Apa-apa sahaja boleh berlaku selagi mana pengadil tidak meniupkan wisel penamat. Oleh itu, jangan angkat bendera putih selagi mana masa permainan belum lagi tamat.

Tetapi, bagaimana pula jika pasukan anda kalah? Mudah sahaja, terimalah ia dengan hati terbuka. Bukankah menang dan kalah itu adat dalam sesuatu pertandingan. Apa yang penting, teruskan usaha anda lagi.

Adakah anda dapat pengajarannya di sini? fikir2..he2.

Jom kongsi bersama di antara pengajaran-pengajarannya:

1. Usaha itu tangga kejayaan.

2. Jangan mudah putus asa.

3. Jangan mudah menyerah kalah.

Mudah ja kan pengajarannya, he2. Selebihnya saya ingin tahu pendapat anda pula. :-).

Baiklah, cukup dahulu untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi untuk artikel seterusnya.


Back to Top