0

Simpang 3

Hari ini, berakhirlah peperiksaan akhir saya di Kolej. Secara tidak rasminya saya dan rakan-rakan telah mencapai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (B.A) dalam bidang yang diceburi. Pasti gembira dan seronok. :h 

Akan tetapi, ada sesuatu yang membuatkan saya dan beberapa rakan lain tidak begitu gembira dengan pencapaian ini? Hal ini kerana dengan berakhirnya pembelajaran kami pada peringkat ini, maka bermulalah pula pembelajaran pada peringkat yang baru. Peringkat yang pastinya menjanjikan dugaan yang lebih berat untuk dihadapi. :Fire 

Sesungguhnya peringkat ini terdapat beberapa pilihan yang agak sukar untuk dipilih. Secara khususnya terdapat 3 pilihan yang mengelirukan kami; sambung belajar, mencari pekerjaan, atau berkahwin. Pilihan manakah yang perlu diutamakan? Setiap satu daripada pilihan tersebut mengandungi beberapa persoalan yang merumitkan kami lagi.

Sambung belajar: di mana? jenis bidang? sumber kewangan?
Mencari pekerjaan: jenis pekerjaan? mulakan perniagaan?
Berkahwin: modal? hehe.. :e 

Demikianlah beberapa persoalan dan juga persoalan-persoalan lain yang semakin bermain di fikiran. Pilihan manakah yang terbaik?

Perkongsian:

  • Hidup ini merupakan suatu proses pembelajaran. Beruntunglah bagi sesiapa yang belajar dan mengambil pelajaran daripadanya.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Positif

Situasi di pagi peperiksaan sebelum memasuki ke dalam dewan amat seronok untuk dilihat dan diteliti. Bermula daripada mereka yang sibuk mengulangkaji, berbual dan bergurau sehinggalah kepada mereka yang tidak berbuat apa-apa.

Beberapa orang rakan sedang berbual-bual apabila datang seorang rakan lain kepada mereka dan menyapa: bagaimana dengan ulangkaji, ok?

Seorang rakan dalam kalangan mereka menjawab: ''saya tidak tahu hendak baca apa'', ''saya tidak tahu bentuk soalan yang akan ditanya bagi subjek ini'', ''saya tidak yakin mampu menjawab soalan sebentar nanti'', dan beberapa jawapan lain lagi yang berbentuk negatif. :( 

Bayangkan jika beberapa orang rakan lain datang menyapanya dan dia menjawab sedemikian, bukankah seolah-olah dia telah melemahkan semangat dirinya sendiri.

Oleh itu, apabila anda disapa oleh rakan-rakan anda dengan soalan seperti: bagaimana dengan ulangkaji kamu? Katakan: ''Alhamdulillah, saya akan mencuba sedaya yang termampu'', ''InsyaAllah saya boleh'', dan beberapa jawapan lain lagi yang berbentuk positif. :r 

Sekarang rasailah betapa bersemangatnya diri anda untuk menempuh alam peperiksaan. :e 

Perkongsian:

  • Berfikiran positif. Elakkan berfikiran negatif.
  • Elakkan berkata ''tidak'' sebelum kita mencuba. Mencuba lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.
  • Yakinlah dengan diri anda sendiri.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Jom Pawagam

Sebagai pelajar..adakah anda akan rasa gementar ketika hampir memasuki ke dalam dewan peperiksaan? Lebih-lebih lagi apabila wujudnya tekanan seperti subjek yang sukar, keinginan untuk lulus dengan cemerlang, harapan ibu bapa dan sebagainya. :f 

Sebagai pelajar..saya juga begitu. Dewan peperiksaan seperti sebuah tempat yang sangat menguji jiwa. Apabila sahaja berada di dalamnya, segala aspek pada diri kita akan diuji. Kesabaran, gementar, resah, terlupa, kreativiti, menguasai keadaan dan sebagainya. xo 

Al-kisah: peperiksaan akan bermula pada jam 9.00 pagi. Tepat jam 8.50 pagi, 2 pintu dewan dibuka masing-masing untuk pelajar lelaki dan perempuan. Anggaran saya, bilangan pelajar ketika itu adalah sekitar 100 orang dan lebih. Kami berasak-asak untuk memasuki ke dalam dewan. Mungkin kerana ingin mendapatkan kerusi yang panas dan bagus. Sedang kami berasak-asak, rakan saya sempat berjenaka sambil berkata: macam nak masuk pawagam ja. (loghat kedah). Maksudnya: seolah-olah seperti hendak masuk ke dalam pawagam.

Ya, itulah penyelesaiannya. Jika anda gementar ketika hendak memasuki ke dalam dewan peperiksaan, kurangkannya dengan memikirkan bahawa anda ingin memasuki ke dalam pawagam. Apa pula tayangan filem seterusnya? hehe. :e 

Perkongsian:

  • Kuasai keadaan dan jangan biarkan ia menguasai kita.
  • Sesuaikan diri dengan keadaan. Lebih cepat maka lebih bagus.
  • Fikirkan tentang keseronokan ketika ingin menduduki peperiksaan dan ketika ingin memasuki ke dalam dewan peperiksaan. Rasailah keseronokannya dan kita pasti tenang.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Gubra!



Apabila kita telah selesai peperiksaan bagi suatu subjek, apakah tindakan selanjutnya? Fikir kembali mengenai subjek yang lalu atau subjek yang akan datang?


Al-kisah: 12 April jam 9.30 malam, sedang saya dan rakan-rakan menikmati makan malam bersama, tiba-tiba seorang kawan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan mengenai subjek yang telah kami hadapi di siang hari. Dia begitu risau kerana memikirkan jawapannya yang mungkin tidak sempurna.

Apa yang mampu saya dan rakan-rakan lain beritahu kepadanya adalah; cuba bertenang dan fikirkan subjek yang akan datang pula. Jangan terlalu memikirkan apa yang telah dihadapi. Sebelum itu, sempat juga kami mengusik bahawa dia tidak akan lulus bagi subjek itu. hehe. :e 

Dia masih berdegil dan terlalu memikirkan lagi masalahnya itu sehingga membuatkan kami kemarahan. Apa lagi, lantas dia dimarahi pula oleh kami. :Fire . Begitulah kisahnya.

Perkongsian:

  • Setelah keluar dari dewan peperiksaan, elakkan merujuk kembali apa-apa rujukan berkaitan subjek yang telah dihadapi.
  • Jika terdapat rakan-rakan yang berbincang mengenai subjek yang telah dihadapi, jauhkan diri daripada mereka sebentar.
  • Jika mahu mendengar atau terdengar perbincangan mengenai subjek yang telah dihadapi, jangan biarkan diri dipengaruhi oleh perasaan negatif.
  • Lupakan mengenai subjek yang telah dihadapi dan fokuskan tumpuan kepada subjek yang akan dihadapi.
  • Bersemangatlah. Chio you!. (Bahasa Cina)



Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.


0

Sebelum

Hari ini bermulalah peperiksaan akhir kami di Kolej. Sungguh mendebarkan tetapi juga menyeronokkan. :e 

Masing-masing dengan ragamnya yang tersendiri. Tenang, kelam kabut, gelabah dan sebagainya. Masing-masing dengan impian ingin lulus sama ada lulus sekadar lulus atau lulus dengan cemerlang. Tanpa mengambil kira tahap lulus mana yang dikehendaki, kita tetap hebat kerana masing-masing dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Fenomena: peperiksaan akan bermula jam 2.30 petang. Beberapa orang pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran walaupun waktu sudah melebihi jam 2 petang. Situasi yang kurang baik kerana kurang setengah jam lagi kami akan memasuki dewan peperiksaan. Masa yang sepatutnya diisi dengan ketenangan diri tetapi terperangkap di dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir. :i 

Perkongsian:

  • Tenang. Elakkan menggelabah ketika ingin menghadapi peperiksaan.
  • Kawal perasaan gemuruh anda.
  • Peruntukkan setengah jam atau 15 minit (cadangan saya) sebelum bermulanya masa peperiksaan untuk menenangkan diri. Jika boleh dan ianya disyorkan, berhenti mengulangkaji pelajaran pada waktu ini. Yakin akan apa yang telah diulangkaji sebelum itu.
  • Usaha-doa-tawakal.


Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.


0

Lesen L

Pernahkah anda memandu kereta? Pernahkah anda meletakkan kereta di tempat letak kereta?

Cuba bayangkan: sebagai contoh terdapat 2 kekosongan di tempat letak kereta yang dapat memuatkan 2 buah kereta. Kemudian anda datang dan meletakkan kereta dengan cara yang tidak beretika sehingga mengambil ruang 2 kekosongan itu.

Persoalan: Bagaimana pula dengan mereka yang datang selepas anda dan ingin meletakkan kereta di situ, pastinya tidak boleh kerana anda telah mengambil ruang 2 kekosongan itu. :( 

Bayangkan pula jika anda menjadi orang yang kedua itu. Apakah perasaan anda? Mungkin saya juga tahu apakah perasaan anda ketika itu? hehe. :e 

Perkongsian:

  • Apa yang penting... :O (saya tahu apa yang anda nak katakan)...kerjasama. Ya, kerjasama itu penting dalam memastikan semua orang memperoleh manfaat.
  • Fahami perasaan orang lain jika kita mahu orang lain memahami perasaan kita.
  • Berbuatlah baik kerana ia akan dibalas dengan kebaikan walaupun kadangkala itu tidak kita sedari.
  • Orang yang mementingkan diri sendiri adalah orang yang rugi kerana kita tidak mampu hidup bersendirian di dunia ini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Kali Kedua

Kelmarin adalah kali kedua saya menyampaikan pengucapan awam di dalam Bahasa Inggeris. Hanya pengucapan di dalam kelas sahaja. hehe. :e 

Saya merasakan seperti penyampaian saya tidak begitu menepati kehendak seperti yang saya kehendaki, dan lebih-lebih lagilah guru kami. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Saya sangkakan dengan sedikit bacaan dan ingatan kepada apa yang ingin disampaikan, saya akan dapat memberikan yang terbaik. :r 

Akan tetapi hal yang berlaku adalah sebaliknya. Sangkaan saya meleset dan penyampaian saya tidak seperti yang saya harapkan. Akhirnya, saya menyedari beberapa kesalahan yang telah saya abaikan; terlalu yakin dan kurangnya persediaan dan latihan. 8) 

Perkongsian:

  • Sikap terlalu yakin akan membuatkan diri kita tidak akan mencapai tahap sebenar yang diinginkan. Apa yang kita perlukan adalah bersikap yakin, tidak terlalu yakin dan tidak pula tidak yakin kepada diri sendiri.
  • Persediaan adalah tersangat penting. Jika di dalam sesuatu permainan, seseorang jurulatih akan memastikan anak buahnya bersedia dari segi mental dan fizikal.
  • Persediaan yang cukup sahaja tidak mencukupi. Hal ini kerana ianya mestilah disusuli pula dengan latihan. Latihan, latihan dan latihan. Latihan tersangat-sangat penting. Oleh kerana itulah para guru akan memberikan kepada anak-anak muridnya latihan untuk dilakukan sama ada di kelas ataupun di rumah.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow

Jumpa lagi.


0

Kincir Air Kincir Angin (KAKA)

Al-kisah yang agak kurang menarik, tetapi mungkin ada sesuatu yang dapat kita ambil pengajaran daripadanya. 2 orang kawan rapat berselisih faham, berselisih faham hanya kerana hal yang kecil, hal kecil yang dapat diselesaikan di meja perundingan, meja perundingan tidak diambil tetapi meja peperangan yang dipilih.

Oleh kerana hal yang kecil itu, si A yang tidak berpuas hati telah bertindak secara melulu dan memukul si B tanpa rasa belas kasihan. Si C datang untuk meleraikan dan menenangkan si A, tetapi si C pula yang dipukulnya. Kesian..niat baik dibalas buruk. :(

Akhirnya..si A kepuasan kerana dapat melepaskan kemarahannya, si B kesakitan dan si C kegeraman. :@

Itulah apa yang berlaku dan telah berlaku dan mungkin akan berlaku kepada mereka yang lain pula. Semoga tidak. ;)

Perkongsian:

  • Segala masalah tidak semestinya dapat diselesaikan dengan peperangan.
  • Berfikir dahulu sebelum bertindak. Jangan bertindak secara melulu.
  • Hari ini mungkin hari kita, tetapi bagaimana pula dengan hari esok?.
  • Elakkan memendam segala perasaan negatif di dalam hati. Jangan biakkannya.
  • Jika anda terasa marah dan benci kepada seseorang, fikirkan dan ingatilah kembali segala kebaikannya kepada kita. Kenangilah saat-saat indah tika bersama. hehe.. :e

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow

Jumpa lagi.

Back to Top