Hari ini hari kedua adik kecil menghidapi sakit demam. :~ Tiada selera makan dan hanya terbaring di atas tilam sahaja. Hanya bangun apabila perlu seperti mahu pergi ke bilik air. Di waktu ini, emaklah yang menjadi doktor dan jururawat dalam menjaga setiap gerak-geri adik kecil bagi memastikan adik kecil akan sihat dan sembuh.
Namun begitu, adik kecil tetap tabah. 2 hari adik demam dan 2 hari itulah adik kecil tetap juga pergi ke sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Hampir 8 jam lamanya dengan hanya 2 kali sahaja waktu rehat; rehat pagi dan rehat untuk solat zohor.
Sekian sahaja dahulu untuk kisah adik kecil ini.
Kembali ke alam saya iaitu alam pembelajaran di kolej.
Alangkah baiknya jika kawan-kawan saya dapat mencontohi sikap adik kecil ini. Adik kecil tabah pergi ke kelas walaupun dalam keadaan demam.
Tambahan pula, kebiasaannya pengajian di peringkat tinggi tidak membabitkan waktu yang panjang. Jika pengajian melibatkan waktu yang panjang sekalipun, ia hanya untuk beberapa hari sahaja dan bukannya hari yang berturut-turut. Adik kecil tabah pergi ke kelas walaupun waktu kelas bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4 petang. :Brow
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga kisah adik kecil ini akan dapat memberi manfaat kepada semua khususnya diri saya.
Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment