Peperiksaan Akhir = 11 April 2010
Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Sebagai pelajar, sibuk dengan pembelajaran dan tugasan. Sebagai pekerja, sibuk dengan kerjanya. Mereka yang suka tidur pula sibuk dengan mimpinya. :e
Hari peperiksaan semakin hampir. Tugasan kuliah pula semakin bertambah. Menambahkan lagi kerungsingan, tugasan yang lama masih tidak dapat disiapkan. 1+1=2. Menanti ia menjadi 10-1=9 :party
Setiap hari, jam, minit, saat dan detik yang berlalu terlalu berharga. Setiap masa yang berlalu tanpa sesuatu yang berfaedah terasa ia amat rugi. Mana tidaknya, tugasan banyak, peperiksaan semakin hampir. Masa kian suntuk. :Ice
Perkongsian penyelesaian:
1) Tenang. Jangan gubra. 8)
2) Perlu kepada jadual diri yang efektif dan fleksibel untuk aktiviti seharian.
3) Dah ada jadual, perlulah patuh padanya. Mesti tegas. Lawan nafsu.
Hmm....sekian dahulu untuk kali ini.hehe. Jika ada apa-apa tambahan, saya amat alu-alukan. nombor 4, 5, 6....9...dan seterusnya. :i
Senyum-senyumlah selalu. :Rainbow . Kita boleh melakukannya.
Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini.
Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment