Hari ini saya sangat gembira. Gembira bukan kerana saya sudah tamat pengajian, bukan kerana kali pertama memperoleh pekerjaan, bukan juga kerana saya akan berkahwin :e , tetapi gembira kerana suatu peristiwa.
Peristiwa ini berlaku pada suatu hari, jam 2.45 petang, di dalam bilik kuliah saya. Peristiwa ini adalah bercakapnya saya di hadapan khalayak ramai. Hal ini kerana ia merupakan sebahagian daripada tugasan yang perlu kami tempuhi dan laksanakannya dengan membuat pembentangan di hadapan khalayak ramai. Tak lah ramai mana pun, kawan-kawan sekelas ja, tetapi boleh tahan juga ramainya dan betapa gemuruhnya saya pada awalnya. Nasib baiklah pembentangan ini secara berkumpulan, kuranglah sedikit gementar di jiwa. hehe. :)
Apa sekalipun, saya begitu puas hati dengan pencapaian diri saya sekarang. Maklumlah saya ni jarang-jarang sekali berucap dan kurang pula melibatkan diri dengan aktiviti yang menuntut untuk bercakap di hadapan khalayak ramai :$ .
Walaupun pengucapan saya tidak sehebat mereka yang hebat dan tidak sepetah mereka yang petah, sekurang-kurangnya saya mencuba. Tahniah kepada semua sahabat sekumpulan yang turut sama membuat pembentangan bersama dengan saya. Anda semua sememangnya hebat.
Akhirnya saya telah dapat merasai perasaan berucap di hadapan khalayak ramai. <tamat>
Perkongsian:
- Kita boleh melakukan. Kita adalah kita. Yakinlah pada diri sendiri.
- Pentingnya berlatih, berlatih dan berlatih. Bakat berucap di hadapan khalayak ramai tidak datang dengan sendirinya, tetapi ia melalui latihan.
- Berani mencuba. Jika tidak berjaya, sekurangnya-kurangnya kita mencuba.
Sekian sahaja untuk kali ini, jika anda ada apa-apa perkongsian tambahan berkaitan dengan artikel ini, saya amat alu-alukan.
Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow
Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment