0

Siapa Pakar

Adakah anda 'gila' kereta? Adakah anda tidak mempunyai kereta tetapi telah memasang impian untuk memiliki kereta? Kereta apakah yang anda mahukan, kereta luar negara atau kereta tempatan? :Brow 

Cerita: Bermulalah 2 orang pakar yang memberikan pendapat mereka berhubung dengan kereta. Mereka adalah pakar dalam bidang akademik dan pakar dalam bidang kenderaan.

Seorang yang pakar di dalam bidang akademik berkata: kereta tempatan tidak ada kualiti, enjinnya tidak tahan lama dan badannya pula mudah remuk dan reput.

Seorang yang terpelajar di dalam bidang kenderaan pula berkata: kalau nak beli kereta, lebih baik beli kereta tempatan, alat ganti mudah dicari, kosnya pun rendah. Katanya lagi: dari segi enjin pula, sama sahaja. Semua enjin kereta walau dari jenis mana sekalipun mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri.

Baiklah, jika anda diminta membuat pilihan, siapakah yang lebih anda percaya apabila bercakap berkenaan dengan kenderaan khususnya kereta? :f 

Sudah tentulah orang yang kedua iaitu seorang yang terpelajar dan pakar di dalam bidang kenderaan. Mengapakah begitu? Mudah sahaja jawapannya, kerana dia adalah pakar di dalam bidangnya. Kita akan lebih meyakini segala pengetahuan dan pengalamannya berbanding orang yang pertama.

Namun begitu, saya tidak bermaksud di sini untuk membantah pembelian kereta luar. Hal ini merupakan soal pendapat masing-masing. Terserah kepada anda. Saya juga tidak bermaksud untuk merendahkan orang yang pertama, cuma ia merupakan pengalaman yang telah saya lalui. :r 

Apa yang ingin saya sampaikan dan kongsi bersama di sini adalah kita mampu untuk mahir dalam sesuatu perkara, akan tetapi kita tidak mampu untuk menjadi pakar di dalam semua bidang. Setiap bidang ada pakarnya dan kita adalah pakar di dalam bidang kita. Apabila kita menumpukan sepenuh perhatian di dalam bidang kita, kita akan menjadi yang terhebat di dalam bidang kita. Kerana apa? kerana bidang itu adalah merupakan bidang kita.

Situasi sebentar tadi, orang yang kedua adalah pakarnya. Begitulah pula sebaliknya jika melibatkan sesuatu situasi atau perkara yang berhubung dengan akademik, orang yang pertama pula adalah pakarnya. Sesungguhnya itulah maksudnya di sini.

Sekian dahulu untuk kali ini. Jika ada apa-apa pendapat, saya amat alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top