1+1=120 ?. Benarkah pengiraan ini? Jika sekali imbas, sudah tentu ianya salah. Hal ini kerana 1+1=2 dan bukannya 120. Akan tetapi kenapa pula jawapan yang diberikan adalah 120?
Ayuh..cepat..siapa yang dapat merungkai permasalahan ini? Kuiz ''cepat congak''. hehe.. :r
Memang benar jawapannya yang sebenar adalah 2. Akan tetapi jika diubah sedikit dan diimbas daripada sudut yang lain, jawapan 120 juga adalah benar. Bagaimana? Mudah sahaja. Begini caranya:
1 jam + 1 jam = 120 minit. ya tak? hehe...jangan marah, gurau-gurau. :e
Perkongsian:
- Menuntut ilmu itu adalah suatu kemestian terutamanya ilmu berkaitan agama. Namun begitu, ilmu-ilmu lain juga tidak boleh diabaikan seperti ilmu matematik, kedoktoran dan sebagainya. Contohnya Al-Khawarizmi (pakar matematik), Ust. Zaharuddin Abd Rahman (pakar kewangan Islam) dan lain-lain.
- Manfaatkan akal sepenuhnya sedaya yang mampu.
- Berfikir dahulu sebelum bertindak dan bertindaklah selepas berfikir.
- Berhati-hati terhadap segala perkara yang mempunyai udang di sebalik batu.
- Kita tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.
Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow
Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment