0

Jom Pawagam

Sebagai pelajar..adakah anda akan rasa gementar ketika hampir memasuki ke dalam dewan peperiksaan? Lebih-lebih lagi apabila wujudnya tekanan seperti subjek yang sukar, keinginan untuk lulus dengan cemerlang, harapan ibu bapa dan sebagainya. :f 

Sebagai pelajar..saya juga begitu. Dewan peperiksaan seperti sebuah tempat yang sangat menguji jiwa. Apabila sahaja berada di dalamnya, segala aspek pada diri kita akan diuji. Kesabaran, gementar, resah, terlupa, kreativiti, menguasai keadaan dan sebagainya. xo 

Al-kisah: peperiksaan akan bermula pada jam 9.00 pagi. Tepat jam 8.50 pagi, 2 pintu dewan dibuka masing-masing untuk pelajar lelaki dan perempuan. Anggaran saya, bilangan pelajar ketika itu adalah sekitar 100 orang dan lebih. Kami berasak-asak untuk memasuki ke dalam dewan. Mungkin kerana ingin mendapatkan kerusi yang panas dan bagus. Sedang kami berasak-asak, rakan saya sempat berjenaka sambil berkata: macam nak masuk pawagam ja. (loghat kedah). Maksudnya: seolah-olah seperti hendak masuk ke dalam pawagam.

Ya, itulah penyelesaiannya. Jika anda gementar ketika hendak memasuki ke dalam dewan peperiksaan, kurangkannya dengan memikirkan bahawa anda ingin memasuki ke dalam pawagam. Apa pula tayangan filem seterusnya? hehe. :e 

Perkongsian:

  • Kuasai keadaan dan jangan biarkan ia menguasai kita.
  • Sesuaikan diri dengan keadaan. Lebih cepat maka lebih bagus.
  • Fikirkan tentang keseronokan ketika ingin menduduki peperiksaan dan ketika ingin memasuki ke dalam dewan peperiksaan. Rasailah keseronokannya dan kita pasti tenang.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top