Situasi di pagi peperiksaan sebelum memasuki ke dalam dewan amat seronok untuk dilihat dan diteliti. Bermula daripada mereka yang sibuk mengulangkaji, berbual dan bergurau sehinggalah kepada mereka yang tidak berbuat apa-apa.
Beberapa orang rakan sedang berbual-bual apabila datang seorang rakan lain kepada mereka dan menyapa: bagaimana dengan ulangkaji, ok?
Seorang rakan dalam kalangan mereka menjawab: ''saya tidak tahu hendak baca apa'', ''saya tidak tahu bentuk soalan yang akan ditanya bagi subjek ini'', ''saya tidak yakin mampu menjawab soalan sebentar nanti'', dan beberapa jawapan lain lagi yang berbentuk negatif. :(
Bayangkan jika beberapa orang rakan lain datang menyapanya dan dia menjawab sedemikian, bukankah seolah-olah dia telah melemahkan semangat dirinya sendiri.
Oleh itu, apabila anda disapa oleh rakan-rakan anda dengan soalan seperti: bagaimana dengan ulangkaji kamu? Katakan: ''Alhamdulillah, saya akan mencuba sedaya yang termampu'', ''InsyaAllah saya boleh'', dan beberapa jawapan lain lagi yang berbentuk positif. :r
Sekarang rasailah betapa bersemangatnya diri anda untuk menempuh alam peperiksaan. :e
Perkongsian:
- Berfikiran positif. Elakkan berfikiran negatif.
- Elakkan berkata ''tidak'' sebelum kita mencuba. Mencuba lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.
- Yakinlah dengan diri anda sendiri.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.
Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow
Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment