0

Bola Oh Bola, Kenapa Engkau Bulat...

Salam sejahtera.

Semoga anda yang sentiasa mengunjungi blog kecil ini akan terus bersama saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. :i 

Bersempena dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 sekarang:...

Dunia kini telah dilanda suatu penyakit yang berbahaya iaitu penyakit demam bola. Kesannya kepada sebahagian besar pesakit (peminat bola sepak) adalah mereka akan mengalami suatu tabiat misteri iaitu; makan bola, tidur bola dan mandi pun bola. Segala-galanya bola. :o 

Namun begitu, di sebalik permainan bola sepak tersembunyi beberapa pengajaran yang sangat bermanfaat. Pengajaran ini adalah hanya bagi mereka yang menyedarinya. Oleh itu, marilah sama-sama kita berkongsi beberapa pengajaran itu:

  • Semangat kerja berpasukan dan kerjasama. Permainan bola sepak adalah melibatkan 11 orang pemain. Anda tidak akan mencapai kemenangan jika bermain seorang diri. Apa yang penting...kerjasama.
  • Perancangan itu penting. Permainan bola sepak memerlukan perancangan yang teliti. Jika tidak, kemungkinan besar kekalahan yang akan menanti anda. Begitulah juga di dalam kehidupan kita.
  • Jurulatih. Setiap pasukan bola sepak mempunyai jurulatih masing-masing. Jika tidak, kucar-kacirlah sesebuah pasukan itu. Begitulah juga di dalam kehidupan ini di mana betapa pentingnya guru atau mentor.

Saya fikir cukup sahaja untuk 3 pengajaran ini. Selebihnya adalah pengajaran daripada pihak anda pula. Tinggalkan komen agar saya lebih mengenali anda. Saya juga peminat bola sepak seperti anda. Eh.. :e 

Terima kasih sekali lagi atas kunjungan anda. Silalah datang lagi. :d 

0 comments:

Post a Comment

Back to Top