Pelbagai halangan dan dugaan perlu ditempuhi di dalam mencapai kejayaan. Tidak kira apa yang anda lakukan, sebilangan masyarakat akan 'berkata' terhadap anda sama ada secara berhadapan atau pun bersembunyi. Mereka akan terus berkata dan berkata dan berkata sehinggalah anda mencapai kejayaan yang anda kejar dan impikan. Ketika itu, mereka akan terdiam dan terkejut. Mereka akan mengucapkan tahniah walaupun jauh di sudut hati mereka ada sedikit rasa cemburu dengan kejayaan anda.
Selepas itu, anda tidak akan sangka apabila mereka pula akan datang kepada anda bertanyakan rahsia di sebalik kejayaan anda. Jika anda mempunyai sebuah syarikat, mungkin mereka ingin menjadi rakan niaga anda dan bukannya pekerja di syarikat anda. Pelik :brow
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Jika ia tidak terjadi kepada anda, adakah anda pernah mendengar ianya terjadi kepada orang lain yang sudah berjaya?
Inilah realiti kehidupan sebenar, khususnya masyarakat meLAYU.
Kita tidak mampu untuk meyakinkan sesiapa sahaja dengan apa yang kita lakukan, tetapi kita mampu untuk meyakinkan mereka dengan hasil yang telah kita perolehi.
Oleh itu, jika anda sedang melakukan sesuatu perkara yang baik dan anda tahu ianya pasti akan mendatangkan kebaikan dan keuntungan, teruskanlah. Biarkanlah kata-kata yang berbunyi di sekeliling anda kerana mereka lebih suka tinggal di pulau mereka. xo
Diam dan terus melangkah ke arah impian anda. Capai kejayaan dan buktikan kepada mereka. Kadang-kadang, anda tidak perlu untuk memberitahu sesiapa jika anda ingin berjaya, kecuali kepada mereka yang betul-betul memahami. :d
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga anda kembali bersemangat. :e
0 comments:
Post a Comment