0

Akhirnya..berjaya

Hari ini saya sangat gembira. Gembira bukan kerana saya sudah tamat pengajian, bukan kerana kali pertama memperoleh pekerjaan, bukan juga kerana saya akan berkahwin :e , tetapi gembira kerana suatu peristiwa.

Peristiwa ini berlaku pada suatu hari, jam 2.45 petang, di dalam bilik kuliah saya. Peristiwa ini adalah bercakapnya saya di hadapan khalayak ramai. Hal ini kerana ia merupakan sebahagian daripada tugasan yang perlu kami tempuhi dan laksanakannya dengan membuat pembentangan di hadapan khalayak ramai. Tak lah ramai mana pun, kawan-kawan sekelas ja, tetapi boleh tahan juga ramainya dan betapa gemuruhnya saya pada awalnya. Nasib baiklah pembentangan ini secara berkumpulan, kuranglah sedikit gementar di jiwa. hehe. :) 

Apa sekalipun, saya begitu puas hati dengan pencapaian diri saya sekarang. Maklumlah saya ni jarang-jarang sekali berucap dan kurang pula melibatkan diri dengan aktiviti yang menuntut untuk bercakap di hadapan khalayak ramai :$ . 

Walaupun pengucapan saya tidak sehebat mereka yang hebat dan tidak sepetah mereka yang petah, sekurang-kurangnya saya mencuba. Tahniah kepada semua sahabat sekumpulan yang turut sama membuat pembentangan bersama dengan saya. Anda semua sememangnya hebat.

Akhirnya saya telah dapat merasai perasaan berucap di hadapan khalayak ramai. <tamat>

Perkongsian:
  • Kita boleh melakukan. Kita adalah kita. Yakinlah pada diri sendiri.
  • Pentingnya berlatih, berlatih dan berlatih. Bakat berucap di hadapan khalayak ramai tidak datang dengan sendirinya, tetapi ia melalui latihan.
  • Berani mencuba. Jika tidak berjaya, sekurangnya-kurangnya kita mencuba.

Sekian sahaja untuk kali ini, jika anda ada apa-apa perkongsian tambahan berkaitan dengan artikel ini, saya amat alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow

Jumpa lagi.

0

Siapa Pakar

Adakah anda 'gila' kereta? Adakah anda tidak mempunyai kereta tetapi telah memasang impian untuk memiliki kereta? Kereta apakah yang anda mahukan, kereta luar negara atau kereta tempatan? :Brow 

Cerita: Bermulalah 2 orang pakar yang memberikan pendapat mereka berhubung dengan kereta. Mereka adalah pakar dalam bidang akademik dan pakar dalam bidang kenderaan.

Seorang yang pakar di dalam bidang akademik berkata: kereta tempatan tidak ada kualiti, enjinnya tidak tahan lama dan badannya pula mudah remuk dan reput.

Seorang yang terpelajar di dalam bidang kenderaan pula berkata: kalau nak beli kereta, lebih baik beli kereta tempatan, alat ganti mudah dicari, kosnya pun rendah. Katanya lagi: dari segi enjin pula, sama sahaja. Semua enjin kereta walau dari jenis mana sekalipun mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri.

Baiklah, jika anda diminta membuat pilihan, siapakah yang lebih anda percaya apabila bercakap berkenaan dengan kenderaan khususnya kereta? :f 

Sudah tentulah orang yang kedua iaitu seorang yang terpelajar dan pakar di dalam bidang kenderaan. Mengapakah begitu? Mudah sahaja jawapannya, kerana dia adalah pakar di dalam bidangnya. Kita akan lebih meyakini segala pengetahuan dan pengalamannya berbanding orang yang pertama.

Namun begitu, saya tidak bermaksud di sini untuk membantah pembelian kereta luar. Hal ini merupakan soal pendapat masing-masing. Terserah kepada anda. Saya juga tidak bermaksud untuk merendahkan orang yang pertama, cuma ia merupakan pengalaman yang telah saya lalui. :r 

Apa yang ingin saya sampaikan dan kongsi bersama di sini adalah kita mampu untuk mahir dalam sesuatu perkara, akan tetapi kita tidak mampu untuk menjadi pakar di dalam semua bidang. Setiap bidang ada pakarnya dan kita adalah pakar di dalam bidang kita. Apabila kita menumpukan sepenuh perhatian di dalam bidang kita, kita akan menjadi yang terhebat di dalam bidang kita. Kerana apa? kerana bidang itu adalah merupakan bidang kita.

Situasi sebentar tadi, orang yang kedua adalah pakarnya. Begitulah pula sebaliknya jika melibatkan sesuatu situasi atau perkara yang berhubung dengan akademik, orang yang pertama pula adalah pakarnya. Sesungguhnya itulah maksudnya di sini.

Sekian dahulu untuk kali ini. Jika ada apa-apa pendapat, saya amat alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Sibuk



Peperiksaan Akhir = 11 April 2010

Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Sebagai pelajar, sibuk dengan pembelajaran dan tugasan. Sebagai pekerja, sibuk dengan kerjanya. Mereka yang suka tidur pula sibuk dengan mimpinya. :e 


Hari peperiksaan semakin hampir. Tugasan kuliah pula semakin bertambah. Menambahkan lagi kerungsingan, tugasan yang lama masih tidak dapat disiapkan. 1+1=2. Menanti ia menjadi 10-1=9 :party 

Setiap hari, jam, minit, saat dan detik yang berlalu terlalu berharga. Setiap masa yang berlalu tanpa sesuatu yang berfaedah terasa ia amat rugi. Mana tidaknya, tugasan banyak, peperiksaan semakin hampir. Masa kian suntuk. :Ice 

Perkongsian penyelesaian:

1) Tenang. Jangan gubra. 8) 

2) Perlu kepada jadual diri yang efektif dan fleksibel untuk aktiviti seharian.

3) Dah ada jadual, perlulah patuh padanya. Mesti tegas. Lawan nafsu.

Hmm....sekian dahulu untuk kali ini.hehe. Jika ada apa-apa tambahan, saya amat alu-alukan. nombor 4, 5, 6....9...dan seterusnya. :i 

Senyum-senyumlah selalu. :Rainbow . Kita boleh melakukannya.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini.

Jumpa lagi.

Back to Top