0

FIFA 2010

Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan akan berlangsung dalam masa 2 minggu  daripada sekarang. Setiap pasukan yang akan bertanding telah bersiap sedia bagi menghadapi kejohanan itu. Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda? Brazil, Sepanyol, Argentina, Itali, Jerman, atau England? xo 

Saya ingin menyokong pasukan saya iaitu Malaysia, tetapi apakan daya kerana masanya belum tiba dan akan tiba jua nanti. :i 

Namun begitu, kita tetap berasa bangga kerana seorang rakyat kita telah terpilih untuk menjadi pengadil di kejohanan yang berprestij itu. Beliau adalah Subkhiddin Mohd Salleh. Cayalah !!!. Semoga beliau akan melaksanakan tugas dengan begitu baik sekaligus menaikkan nama negara kita.

Semoga suatu hari nanti, pasukan Malaysia pula yang akan layak ke kejohanan itu. Apa yang penting, usaha dan terus berusaha. Pasukan Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara telah berjaya, tiba masanya, pasukan Malaysia pula. Kita BOLEH ! :e 

Perkongsian:

  • Perjalanan 1000 kilometer bermula dengan langkah pertama.
  • Usaha tangga kejayaan.
  • Tidak mudah berputus asa.
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Semangat patriotik nih!
  • Jika dia boleh, kita juga boleh.

Sekian dahulu untuk kali ini. Komen anda amat saya alu-alukan. :Rainbow 

Jumpa lagi.
0

Di Sebalik Sesuatu

Adam adalah seorang pelajar yang pandai, bijak dan cerdik. Dia seringkali mencapai kejayaan yang amat membanggakan di dalam pelajaran. Setiap pagi, dia akan bangun dengan penuh bersemangat untuk pergi ke kelas bagi menimba segala ilmu. Begitulah rutih hariannya pada setiap pagi. 8) 

Namun begitu, ada 1 perkara yang sering menghantui Adam. Walaupun cemerlang di dalam pelajaran, dia sebenarnya adalah seorang pelajar kaki bangku. xP 

Pada setiap petang, dia tidak bermain atau bersukan bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Aktiviti sukan yang terdapat ketika itu adalah seperti bola sepak, sepak raga tuju dan bola tampar. Kebiasaannya pada setiap petang, Adam akan bersendirian di dalam asramanya dan hanya menunggu ketibaan malam. Perasaan bosan pada waktu petang inilah yang sering menghantuinya. :v 

Akhirnya, Adam bertekad untuk berubah dan tidak mahu keadaan yang membosankan itu berterusan. Walau apa cara sekalipun, dia mahu turut serta bersama dengan rakan-rakannya yang lain. :i 

Satu hari, dia memberanikan diri bermain bola sepak bersama dengan rakan-rakannya. Walaupun terdapat beberapa pelajar yang mengalu-alukan penglibatannya, namun terdapat juga segelintir daripada mereka yang memandang rendah kepadanya. :c 

Adam tidak menghiraukan segala perkara itu. Baginya, ia adalah suatu cabaran baru yang mesti ditempuhi. Keesokan petang dan seterusnya, Adam sudah mampu untuk beriadah bersama dengan rakan-rakannya. :party 

Kini setelah hampir 4 tahun masa berlalu, Adam telah berjaya menguasai sedikit sebanyak permainan bola sepak, sepak raga tuju dan bola tampar. Walaupun kemahirannya tidak mencapai taraf yang begitu tinggi, namun dia sangat gembira kerana hari-hari petangnya kini sudah kembali sinar dan bercahaya. :e 

Perkongsian:

  • Hidup ini adalah suatu proses pembelajaran.
  • Benarlah ungkapan yang berbunyi: usaha tangga kejayaan.
  • Manusia merupakan insan yang sempurna dan juga lemah.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'tersentuh' dengan kisah ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Enam Belas MEI

  1. Apakah perbezaan di antara 2 + 2 = 4 dan 2 x 2 = 4 ? :r 
  2. Apakah perbezaan di antara perkataan AIR (Bahasa Malaysia) dan AIR (Bahasa Inggeris) ? ;) 
  3. Bagaimanakah cara yang betul untuk menyebut beberapa perkataan Bahasa Inggeris ini: Two - To - Too ? :Brow 
  4. Bagaimanakah cara yang betul untuk menyebut perkataan Bahasa Malaysia ini: ''Teknologi'', adakah di hujungnya yang ditebalkan itu berbunyi 'gi' atau 'ji' ? :f . 
  5. Cuba sebut pula perkataan ini: ''Gigi'', adakah ianya berbunyi seperti ''jiji'' atau ''gigi''? :e 
  6. Bagaimanakah caranya untuk memandu kenderaan bergear automatik, kenderaan bergear manual atau kenderaan bergear automatik dan manual? :i 

Kesemua perkara ini tidak akan kita ketahui tanpa bimbingan daripada pengajar. Pengajar itu semestilah guru kita. Oleh itu, bersempena dengan Hari Guru pada hari ini iaitu 16 Mei 2010, marilah sama-sama kita mengucapkan: ''Selamat Hari Guru''. Terima kasih guru. :e

Perkongsian:

  • Ingatilah segala jasa dan pengorbanan para guru kita.
  • Senangilah hati para guru.
  • Lakukan sesuatu yang akan membanggakan diri para guru.
  • Jika lakukan kesalahan, pohonlah kemaafan.
  • Ucapkan: Selamat Hari Guru. :h 

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'terhibur' membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Kumbang & Lalat

1 kisah yang agak menarik. Saya menamakannya kisah alam. :r 

Kisah alam: seekor kumbang dan seekor lalat terbang bersama-sama. Apabila tiba di satu kawasan perumahan, mereka sepakat untuk berhenti berehat. Akhirnya kumbang memilih untuk berehat di pokok bunga di dalam kawasan rumah Adam kerana tertarik dengannya. Lalat pula memilih untuk berehat di dalam tong sampah yang terletak di hadapan rumah Adam kerana tertarik dengannya. Kumbang pergi ke bunga dan lalat pergi ke sampah. Begitulah kisahnya. :f 

Perkongsian:

  • Jika kita menyukai seseorang, pasti kita juga akan disukai dan begitulah juga jika sebaliknya.
  • Jika kita ingin disukai, kita terlebih dahulu perlu melakukannya dan begitulah juga jika sebaliknya.
  • Maafkanlah orang di sekeliling anda sebelum tidur.
  • Mulakanlah hari anda dengan senyuman apabila bangun daripada tidur.
  • Senyum selalu. :e 

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'terhibur' membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Marah

Apakah yang akan anda lakukan apabila anda berada dalam keadaan marah? Mengamuk? Memarahi sesiapa sahaja? Melontar benda dan sebagainya?. :@ 

Apabila selesai sahaja bersembahyang jumaat di masjid, Adam keluar dari masjid dan ingin pulang ke rumah. Tetapi alangkah terkejutnya Adam apabila mendapati kasut yang dipakainya tiada. Puas Adam mencari tetapi tiada juga. Di manakah ia? Adam seperti mahu melepaskan kemarahannya terhadap sesiapa yang mengambil kasutnya itu. :Fire 

Namun begitu, Adam cuba menenangkan perasaannya dan berjaya mengawal dirinya. Adam bersangka baik dan tidak mahu menyalahkan sesiapa. ''Mungkin orang yang mengambil kasutku itu tersalah agaknya'', kata Adam kepada dirinya. :Tone 

Setelah itu, Adam pulang ke rumah dengan berkaki ayam sambil jiwa dan perasaannya tenang. :e 

Perkongsian:

  • Jika anda sedang dalam keadaan marah, cuba bertenang dan berfikir dahulu sebelum bertindak.
  • Orang yang sedang marah akan bertindak menggunakan emosinya. Oleh itu, kuasailah emosi dan elakkan ia menguasai kita.
  • Bersangka baiklah terhadap orang lain. Senyumlah dan jiwa kita pasti tenang.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' sepanjang berada di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Tawakal

Peperiksaan akhir di Kolej sudah tamat. Kini kami hanya menunggu keputusannya. Semoga lulus dengan jayanya. :party 

Seorang rakan begitu risau kerana memikirkan keputusan yang akan diperolehinya. Kerisauannya telah mengganggu kehidupan sehariannya. Semuanya serba tidak menjadi. Fikiran semakin kusut dan emosi semakin tidak menentu. xP 

Sebagai pelajar, tahukah bahawa tawakal itu penting. Tawakal itu bermaksud berserah diri secara menyeluruh kepadaNYA dalam suatu perkara setelah kita berusaha dan telah melakukan yang terbaik.

Peperiksaan telah ditempuhi dengan jayanya. Oleh itu, apa yang diperlukan kini adalah tenang dan berserah sepenuh jiwa kepadaNYA. Moga-moga beroleh keputusan yang diinginkan. :e 

Perkongsian:


  • Tawakal mestilah didahului dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
  • Tawakal dan cuba bertenang, hidup anda pasti bahagia.
  • Percaya dan yakinlah kepada kemampuan dan kelebihan diri sendiri.


Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

2S: Selamat & Semoga

1 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan. Oleh itu, selamat bercuti kepada para pekerja yang bercuti pada hari ini. :Tone 

Seorang demi seorang rakan-rakan yang tinggal berjauhan telah pulang ke rumah masing-masing. Rakan-rakan lain akan pulang juga selepas beberapa hari.

Hanya tinggal saya dan beberapa rakan lain di sini kerana rumah kami berdekatan dengan Kolej. Oleh itu, tidak perlulah kami pulang kerana setiap hari kami sentiasa pulang ke rumah. hehe. Kami hanya melambaikan tangan kepada rakan-rakan yang pulang, seorang demi seorang.

eh2..jangan bersedih! :e 

Rakan-rakan yang masih tidak pulang: terdapat di antara mereka yang sibuk menulis 'resume' untuk memohon pekerjaan. Beberapa rakan lain pula sibuk mencari-cari jawatan kosong di beberapa sektor swasta atau kerajaan. Selain itu, terdapat juga beberapa rakan yang berhasrat menyambung lagi pengajian. Walau apa sekalipun pilihan yang akan dipilh, moga lakukan yang terbaik. :d 

Saya pula? Saya bercadang ingin menyambung lagi pengajian saya. Selain itu, saya bercadang ingin mencari pendapatan sampingan secara sambilan melalui internet dan penulisan. Itulah perancangan saya untuk tempoh ini. Semoga segala perancangan kita akan membuahkan hasil, dengan izin daripadaNYA. :h 

Perkongsian:

  • Hidup ini merupakan suatu proses pembelajaran. Ketahuilah!
  • Walau apa sekalipun yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik. Buat habis baik!
  • Perancangan itu penting dan ia mestilah disusuli dengan tindakan. Bertindaklah!

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

Back to Top