0

Perancangan... & Bertindaklah!

Sedia..1..2..Mula!!


Agak begitu lama saya tidak menulis..ini kerana saya sangat sibuk dengan urusan pendaftaran sambung belajar di Kolej..namun begitu, saya akan cuba juga untuk menulis di blog ini.


Baiklah untuk kali ini, jom kita kongsi mengenai: Perancangan... & Bertindaklah!. Apa tu?


Untuk melakukan sesuatu, kita memerlukan idea. Hal ini telah kita bincang di artikel yang lepas. Setelah itu, kita memerlukan perancangan. Perancangan yang rapi sangat penting agar tindakan yang akan dilakukan tidak sia-sia. Perancangan yang diatur pula mestilah mengambil kira segala aspek yang berkaitan dan segala kebarangkalian yang mungkin berlaku. Perancangan yang longgar akan menyebabkan segala tindakan yang ingin dilaksanakan tidak sempurna.


Setelah itu, bertindaklah. Bertindaklah mengikut segala perancangan yang telah diatur. Namun begitu, tindakan ini tidaklah bersifat kekal iaitu mengikut segala perancangan keseluruhannya. Ada waktunya, tindakan perlu bersifat fleksibel iaitu berubah mengikut keadaan sekeliling namun masih tidak lari dari perancangan asal.


Bertindaklah sekarang, anda mampu mengubahnya.. he2 :-).


Sekian sahaja untuk kali ini. Sila tinggalkan komen anda.

0

Keboringan mencetuskan IDEA?



Pelik juga artikel kali ini.. tetapi itulah yang saya ingin kongsikan dengan anda semua..

Ceritanya begini.. pada siang hari ini di rumah, saya amat boring, tidak tahu nak buat apa, maklumlah hari cuti..he. Sambil berbaring di atas katil, tiba saya terpandang papan tulis putih (whiteboard) tersandar di dinding yang sudah sekian tidak disentuh..lantas datang idea di fikiran saya: ada guna juga papan ni, boleh saya gantung berhampiran meja study. Dengan sedikit perancangan, saya pun bertindak mencari tali, mengikatnya di papan dan seterusnya menggantungkannya di paku yang telah tersedia ada di dinding, nah sekarang bolehlah saya meletak apa2 maklumat di papan ini..he2 :-)..begitulah kisahnya..

Pengajaran:

1) berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, bukankah perancangan itu sangat penting.


2) setelah menimbang beberapa perkara, maka teruslah bertindak, jangan tunggu
2 kerana dunia ini semakin pantas.

3) segala tindakan mestilah berdasarkan perancangan dan tidak terburu-buru.


4) adakah boring itu mencetuskan idea? komen anda.


0

Jana Pendapatan Sebagai Pelajar Di Timur Tengah



Menarik juga tajuk artikel ini. Walaupun sebagai pelajar yang menuntut di luar negara, anda tetap akan dapat menjana pendapatan, macam na tu??

Pada Mei 09, saya sempat pergi melancong di Syria, pasti janggal kedengaran kerana Syria tidak begitu dikenali khususnya dalam kalangan pelajar dan rakyat Malaysia. Saya telah menetap di sana selama hampir 6 bulan.
Lama tuh...hehe.

Saya telah berkenalan dan tinggal bersama sahabat dari Terengganu. Beliau adalah antara pelajar veteran di Syria kerana sudah hampir 8 tahun beliau menetap di sana. Tetapi apa yang menariknya adalah beliau menyara kehidupan dan pembelajarannya di sana dengan duit poketnya sendiri. Sudah 3 tahun beliau melakukan sedemikian. Hal ini kerana ayah dan emaknya sudah tidak mampu untuk menyaranya.

Anda hendak tahu bagaimana beliau mampu berbuat demikian. Setelah diselidik, rupanya beliau menjana pendapatan dengan cara tersendiri. Pada mulanya beliau menjual kad telefon kepada pelajar Malaysia yang ingin menelefon keluarga di Malaysia. Kemudian, beliau membantu pembelian tiket bagi pelajar-pelajar Malaysia yang ingin pulang ke tanah air. Hal ini dilakukan secara sampingan sahaja iaitu apabila terdapat permintaan. Pastinya di situ beliau telah mendapat sedikti komisyen. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan minyak wangi yang mana minyak wangi tersebut akan dijual di Malaysia. Hal ini kerana minyak wangi dari Timur Tengah adalah di antara yang terbaik dan baunya mampu bertahan lama.

Kini, sahabat saya ini mulai serius menjalankan perniagaan terbaru iaitu pelancongan. Beliau menjadi agen pelancongan persendirian di Syria dengan menjual pakej-pakej pelancongan untuk ke Syria, Lubnan dan Jordan. Mana-mana syarikat pelancongan dari Malaysia yang mempunyai hubungan dengan beliau dan ingin menghantar pelancong ke Syria, Lubnan dan Jordan pastinya akan menghubungi beliau. Di samping itu ingin saya beritahu di sini, sahabat saya ini sedang melanjutkan pengajiannya bagi peringkat ijazah lanjutan
(master) di sana. Wow!, di samping cetak duit, belajar tidak lupa. :-).

Begitulah kisahnya sahabat saya ini. Nasihat saya kepada semua: jangan jana pendapatan sehingga mengabaikan pelajaran.
hehe.. :-)

0

Aidiladha

Lembu ketakutan,
Kerbau kerisauan,
Kambing kebimbangan,
Haiwan lain keHAIRANan. :-)


Sempena aidiladha ini, ingin saya mengucapkan 'selamat hari raya aidiladha', moga ia memberi makna kepada kita semua.


Kepada yang berkemampuan, selamat menjalani ibadah korban.


Kepada yang sedang menunaikan ibadah haji, sama-sama kita doakan mereka berjaya.


Kepada yang asyik duk di rumah ja, keluar2lah ea, ziarah saudara-mara, jangan nak kutip duit raya plak, terutama yang dah besar remaja..hehe.


Kepada pembaca sekalian, terima kasih kerana memilih blog ini. :> 


Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat menghayati aidiladha ini.

0

Langkah Pertama

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


Syukur, akhirnya saya berjaya memulakan
langkah pertama di dalam bidang internet dengan terhasilnya blog ini. Walaupun ianya percuma, namun ia merupakan langkah pertamaku..hehe :-). I'Allah saya akan terus belajar dan belajar. Moga dengan terhasilnya blog ini, dapatlah kita berkongsi sesuatu yang berfaedah bersama.


Teruskan bersama saya.

Back to Top