0

Yang Tersurat & Yang Tersirat

Salam sejahtera.

Saya ada sesuatu yang saya inginkan pendapat dan pandangan daripada para pengunjung blog sekalian.

Ketika artikel ini ditulis, sudah ada ada 6 pemberi pendapat hebat. Kini giliran anda pula. :e 


Pastinya pendapat dan pandangan anda nanti menarik perhatian ramai. Fewwit!.
0

Blogger yang Terdesak

Salam sejahtera.

Anda kenal Rohaizad? Beliau sangat terkenal di alam blog ini. Baru-baru ini, beliau telah membuka cabaran yang terbuka kepada mana-mana blogger yang berminat untuk menyahutnya.

Cabarannya adalah para blogger diminta menulis artikel berkenaan ''Blogger yang Terdesak'' dan terbitkannya pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.

Seronok juga cabaran ini. Puas. Banyak manfaat yang telah diperolehi. Untuk bacaan yang lebih lanjut, jom ke blog berbayar saya berkenaan ''Blogger yang Terdesak'' ini. Layan dan selamat membaca. :e

0

hadirofiee.com

Salam sejahtera.

Pada artikel yang lepas, saya ada memberitahu berkenaan blog berbayar saya. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus dan belajar sedikit demi sedikit, maka saya telah berjaya menghasilkannya.

Oleh itu, ayuh beralih ke sana. Alamatnya adalah: http://www.hadirofiee.com

Kehadiran anda amat saya alu-alukan. Tinggalkan komen ea. :e 

Sekali lagi alamatnya: http://www.hadirofiee.com

Datang jangan tak datang.
0

Blog Berbayar.

Salam sejahtera.

Saya kini di dalam proses penghasilan blog sendiri yang berbayar. Walaupun berbayar, namun ia mempunyai kepuasannya yang tersendiri.

Antaranya adalah:
  • Saya mempunyai hak 100% ke atas blog itu. Hal ini kerana saya telah membayarnya.
  • Kelihatan lebih profesional. Hal ini diakui oleh kebanyakan mereka yang telah berkecimpung di dalam dunia internet.
Demikian 2 sebab sahaja yang saya berikan. Namun begitu, blog percuma juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Eh..jangan sedih. :e 

InsyaAllah, dalam masa beberapa hari lagi ianya akan siap. Saya juga akan memaklumkannya di sini.

Terima kasih banyak-banyak. :Rainbow 
0

Kisah Adam yang tidak cukup tidur

[Musim bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan]

''Fuh..perlawanan ini pasti menarik dan mesti ditonton''. Detik Adam di dalam hatinya apabila melihat rancangan televisyen di dalam surat khabar.
''Tepat jam 2.30 pagi nanti, aku mesti bangun dan tonton perlawanan bola sepak ini''. Tambah Adam lagi.

Pada malamnya, Adam tidur awal iaitu pada pukul 10 malam. Hal ini adalah berbeza sama sekali seperti malam-malam sebelumnya di mana dia selalu tidur pada pukul 11.30 malam. Jam loceng di telefon bimbitnya telah ditetapkan pada jam 2.30 pagi agar dia tidak akan terlepas perlawanan bola sepak itu. 

Tepat jam 2.30 pagi, jam loceng berdering dan Adam terus terjaga dan bangun daripada tidurnya dengan begitu bersemangat. Adam pergi ke bilik air, berkumur dan membasuh mukanya. Kemudian, Adam pergi ke dapur dan membancuh secawan milo'O panas. Setelah itu, Adam menghidupkan television dan menonton perlawanan bola sepak yang ingin ditontonnya semenjak daripada siang tadi lagi.

Pada pagi itu, Adam telah berjaga selama hampir 2 jam iaitu daripada jam 2.30 pagi sehinggalah jam 4.30 pagi. Hal ini kerana lazimnya perlawanan bola sepak mengambil masa selama hampir 2 jam untuk ditamatkan. Namun begitu, hal ini tidak termasuk jika sesuatu perlawanan itu melibatkan masa tambahan. Jika melibatkan masa tambahan, pastinya 2 jam tadi tidak mencukupi.

Tepat jam 4.30 pagi, siaran perlawanan bola sepak pun tamat. Adam menutup television, kembali ke katilnya dan menyambung tidurnya kembali.

Jam 5.40 pagi, sebagai seorang muslim yang menjaga sembahyangnya, Adam bangun bagi menunaikan sembahyang subuh. Selesai daripada menunaikan sembahyang, Adam membaca beberapa ayat-ayat Al-Quran yang menjadi rutin hariannya setiap kali selepas subuh. Setelah itu iaitu pada jam 6.30 pagi, Adam tidur bagi mengganti masa tidurnya yang tidak cukup di malamnya.

Jam 8 pagi, Adam bangun setelah tidur selama 90 minit. Kebetulan Adam sedang di dalam cuti semester, maka dia mempunyai masa lapang pada hari itu. Adam mandi dan mengambil sedikit sarapan. Selepas itu, Adam membuka komputer ribanya dan melayari internet sehinggalah jam 12 tengah hari. Kemudian Adam terasa seperti teramat sangat keletihan dan mengantuk. Lantas Adam menutup komputer ribanya dan pergi ke katilnya untuk tidur sekejap.

Jam 1.30 petang, Adam bangun untuk bersembahyang zuhur. Selepas itu, Adam menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh ibunya. 30 minit selepas menikmati makanan tengah hari, Adam masih terasa mengantuk. 2 kelopak matanya sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Lantas buat sekian kalinya, Adam pergi ke katil dan melayani nafsu tidurnya.

Hari sudah lewat petang. Jam sudah menghampiri jam 6 petang. Adam terjaga daripada tidurnya dan sungguh terkejut kerana hari sudah agak lewat. Ibu dan adik-adiknya telah berusaha membangunkannya namun dek kerana terlalu letih dan tidur malam yang tidak mencukupi, Adam tidak menyedarinya. Adam 'tidur mati'

Adam bergegas bangun untuk menunaikan sembahyang asar. Adam menunaikan sembahyang asar di dalam keadaan dirinya yang 'pening-pening lalat' kerana tidur yang terlalu lama sehingga lewat petang. Selesai sembahyang, Adam termenung panjang. Seperti seorang yang di dalam kebingungan, Adam menukarkan pakaianya dan keluar rumah bagi mengambil angin petang. Adam berjalan-jalan di luar rumahnya dengan keadaan matanya yang kuyup layu, muka 'tidak mandi' dan langkah kakinya yang lemah longlai.

Adam singgah sebentar di warung Pak Endot untuk berehat dan menikmati minuman petang. Adam mengambil surat khabar di atas meja dan membuka helaian demi helaian. Sehinggalah tiba di muka surat rancangan television, Adam tertarik kepada rancangan 1 perlawanan bola sepak yang pastinya menarik kerana telah berjaya membuatkan Adam tertarik kepadanya. Perlawanan itu adalah pada jam 2.30 pagi.

''Fuh..perlawanan ini pasti menarik dan mesti ditonton''. Detik Adam di dalam hatinya ketika melihat rancangan televisyen di dalam surat khabar itu.
''Tepat jam 2.30 pagi nanti, aku mesti bangun dan tonton perlawanan bola sepak ini''. Tambah Adam lagi.

...mungkin anda tahu jalan cerita seterusnya. hehe. :r 

[...begitulah kisah ini akan terus berputar dan berpusing kerana 'pi mai-pi mai, tang tu'...] :e 

Pengajaran:

Tidur malam yang mencukupi amat penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Oleh kerana Adam telah membazirkan masa 2 jam daripada waktu tidurnya, Adam terpaksa mengambil masa selama hampir lebih 6 jam di siang harinya hanya semata-mata untuk mengganti masa 2 jam itu. 6 jam adalah masa yang begitu panjang untuk melakukan beberapa perkara lain yang penting selain daripada tidur. Begitulah kesannya apabila tidak mempunyai tidur malam yang cukup. :f 

Sesungguhnya masa itu nyawa. :h 

Terima kasih kerana berjaya menghabiskan bacaan cerita ini. Semoga anda terhibur. :Rainbow 
0

Gerhana Bulan

Malaysia: Gerhana bulan dijangka berlaku pada malam ini, bermula jam 7.33 malam sehingga jam 9.00 malam. Tempoh masa gerhana tersebut adalah selama 1 jam 27 minit.

Suatu tempoh masa yang agak lama untuk:
  • Melihat fenomena gerhana bulan.
  • Mengingati Pencipta kita.
  • Menunaikan sembahyang sunat gerhana. 8) (penting) 

Bagaimanakah untuk melihat gerhana bulan ini?

Arahkan kepala anda ke atas dan pandang sahaja ke langit. :r 

Bagaimanakah untuk mengingati pencipta kita?
Tunaikanlah sembahyang sunat gerhana. :D 

Bagaimanakah cara untuk menunaikan sembahyang sunat gerhana?
Hadirkanlah diri anda ke masjid, nescaya anda akan memperoleh 'pengalamannya'. :i 

Sekian sahaja untuk perkongsian ringkas kali ini. Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa gerhana bulan ini.

Jumpa lagi. :Rainbow 

0

M a a f

Kepada pengunjung setia blog ini,

Saya memohon maaf jika anda berasa keliru dengan penukaran beberapa kali pada 'wajah' blog ini. Sesungguhnya saya di dalam proses untuk mendapatkan wajah yang benar-benar menepati citarasa diri. Hoh...cerewet! :$ 

Selain itu, saya juga di dalam proses pembelajaran untuk memiliki blog sendiri yang berbayar.

InsyaAllah jika mendapat keizinanNYA dan saya memiliki blog sendiri yang berbayar, saya akan maklumkan di sini. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Teruskan kesetiaan anda. :e 
0

Bola Oh Bola, Kenapa Engkau Bulat...

Salam sejahtera.

Semoga anda yang sentiasa mengunjungi blog kecil ini akan terus bersama saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. :i 

Bersempena dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 sekarang:...

Dunia kini telah dilanda suatu penyakit yang berbahaya iaitu penyakit demam bola. Kesannya kepada sebahagian besar pesakit (peminat bola sepak) adalah mereka akan mengalami suatu tabiat misteri iaitu; makan bola, tidur bola dan mandi pun bola. Segala-galanya bola. :o 

Namun begitu, di sebalik permainan bola sepak tersembunyi beberapa pengajaran yang sangat bermanfaat. Pengajaran ini adalah hanya bagi mereka yang menyedarinya. Oleh itu, marilah sama-sama kita berkongsi beberapa pengajaran itu:

  • Semangat kerja berpasukan dan kerjasama. Permainan bola sepak adalah melibatkan 11 orang pemain. Anda tidak akan mencapai kemenangan jika bermain seorang diri. Apa yang penting...kerjasama.
  • Perancangan itu penting. Permainan bola sepak memerlukan perancangan yang teliti. Jika tidak, kemungkinan besar kekalahan yang akan menanti anda. Begitulah juga di dalam kehidupan kita.
  • Jurulatih. Setiap pasukan bola sepak mempunyai jurulatih masing-masing. Jika tidak, kucar-kacirlah sesebuah pasukan itu. Begitulah juga di dalam kehidupan ini di mana betapa pentingnya guru atau mentor.

Saya fikir cukup sahaja untuk 3 pengajaran ini. Selebihnya adalah pengajaran daripada pihak anda pula. Tinggalkan komen agar saya lebih mengenali anda. Saya juga peminat bola sepak seperti anda. Eh.. :e 

Terima kasih sekali lagi atas kunjungan anda. Silalah datang lagi. :d 
0

Lupa

Salam sejahtera kepada semua pembaca sama ada anda adalah pembaca aktif, pembaca senyap, ataupun penjelajah blog. Walau siapa pun anda, kehadiran anda adalah amat dialu-alukan. Selamat datang. :party 

Pada tulisan kali ini, marilah sama-sama kita berbincang tentang satu topik yang sangat mudah. Topiknya adalah: lupa.

Persoalannya: benarkah manusia mudah lupa?

Lupa akan terjadi kepada setiap manusia. Oleh kerana itulah kita dinamakan 'manusia'. Jika dirujuk di dalam Bahasa Arab, perkataan manusia itu sendiri ada kaitannya dengan lupa. Kebetulan atau kebenaran? :f  Fikir-fikirkanlah.

Benar kata Dr. M, Melayu mudah lupa :o 

Namun begitu, lupa ini dapat diatasi. Caranya adalah dengan saling memperingati antara satu sama lain. Oleh kerana itulah kita diwajibkan sembahyang 5 waktu sehari. Selain itu, majlis-majlis ilmu juga sering diadakan bagi memperingati manusia yang mudah lupa ini. Di samping itu, pada setiap hari Jumaat kita tetap akan dapat memperingati diri sendiri dengan menghayati khutbah Jumaat yang disampaikan oleh penyampai khutbah. Hal ini semua adalah kerana manusia itu mudah lupa termasuklah diri saya ini. :r 

Jika sesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Jika anda leka dan alpa, bangunlah dan berubahlah. Anda mampu mengubahnya. :tone 

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda yang sangat berharga itu. Semoga memperoleh manfaat bersama.

Komen atau pandangan anda amat dialu-alukan.

Salam sejahtera. :Rainbow 
0

Laman Web

Teringat saya ketika di dalam kelas komputer dahulu. Ketika itu kami sedang diajar membina laman web menggunakan Microsoft Word. Sebelum ini apabila disebut sahaja berkenaan pembinaan laman web, pasti tergambar di fikiran kami bahawa ianya sungguh sukar dan merumitkan. Hal ini kerana kami bukanlah pelajar daripada aliran itu. Sudah tentu ianya sesuatu yang pelik bagi kami. xo 

Namun setelah diajar dan kami mempraktikkannya, ianya tidaklah sesusah sepertimana yang kami sangka. Apabila kami tahu langkah-langkahnya yang betul, ianya begitu mudah sehinggakan pelajar sekolah juga mampu berbuat demikian. Sesungguhnya apa yang kami sangkakan sebelum ini ternyata sekali tidak benar. :i 

Selepas pembelajaran itu, kami telah mampu membina laman web membina Microsoft Word. InsyaAllah, saya akan belajar pula membina laman web menggunakan perisian lain yang lebih baik seperti Dreamweaver, Microsoft Frontpage dan sebagainya.

Kita boleh!. :e  

Perkongsian:

  • Fikirlah secara positif. Minda yang positif adalah seperti magnet yang akan menarik perkara positif.
  • Percaya pada diri sendiri. Fikirkan boleh.
Sekian dahulu. Jumpa lagi. :Rainbow 

Komen daripada anda amat dialu-alukan
0

diPulau

Pelbagai halangan dan dugaan perlu ditempuhi di dalam mencapai kejayaan. Tidak kira apa yang anda lakukan, sebilangan masyarakat akan 'berkata' terhadap anda sama ada secara berhadapan atau pun bersembunyi. Mereka akan terus berkata dan berkata dan berkata sehinggalah anda mencapai kejayaan yang anda kejar dan impikan. Ketika itu, mereka akan terdiam dan terkejut. Mereka akan mengucapkan tahniah walaupun jauh di sudut hati mereka ada sedikit rasa cemburu dengan kejayaan anda.

Selepas itu, anda tidak akan sangka apabila mereka pula akan datang kepada anda bertanyakan rahsia di sebalik kejayaan anda. Jika anda mempunyai sebuah syarikat, mungkin mereka ingin menjadi rakan niaga anda dan bukannya pekerja di syarikat anda. Pelik :brow 

Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Jika ia tidak terjadi kepada anda, adakah anda pernah mendengar ianya terjadi kepada orang lain yang sudah berjaya?

Inilah realiti kehidupan sebenar, khususnya masyarakat meLAYU.

Kita tidak mampu untuk meyakinkan sesiapa sahaja dengan apa yang kita lakukan, tetapi kita mampu untuk meyakinkan mereka dengan hasil yang telah kita perolehi.

Oleh itu, jika anda sedang melakukan sesuatu perkara yang baik dan anda tahu ianya pasti akan mendatangkan kebaikan dan keuntungan, teruskanlah. Biarkanlah kata-kata yang berbunyi di sekeliling anda kerana mereka lebih suka tinggal di pulau mereka. xo 

Diam dan terus melangkah ke arah impian anda. Capai kejayaan dan buktikan kepada mereka. Kadang-kadang, anda tidak perlu untuk memberitahu sesiapa jika anda ingin berjaya, kecuali kepada mereka yang betul-betul memahami. :d 

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga anda kembali bersemangat. :e 
0

FIFA 2010

Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan akan berlangsung dalam masa 2 minggu  daripada sekarang. Setiap pasukan yang akan bertanding telah bersiap sedia bagi menghadapi kejohanan itu. Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda? Brazil, Sepanyol, Argentina, Itali, Jerman, atau England? xo 

Saya ingin menyokong pasukan saya iaitu Malaysia, tetapi apakan daya kerana masanya belum tiba dan akan tiba jua nanti. :i 

Namun begitu, kita tetap berasa bangga kerana seorang rakyat kita telah terpilih untuk menjadi pengadil di kejohanan yang berprestij itu. Beliau adalah Subkhiddin Mohd Salleh. Cayalah !!!. Semoga beliau akan melaksanakan tugas dengan begitu baik sekaligus menaikkan nama negara kita.

Semoga suatu hari nanti, pasukan Malaysia pula yang akan layak ke kejohanan itu. Apa yang penting, usaha dan terus berusaha. Pasukan Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara telah berjaya, tiba masanya, pasukan Malaysia pula. Kita BOLEH ! :e 

Perkongsian:

  • Perjalanan 1000 kilometer bermula dengan langkah pertama.
  • Usaha tangga kejayaan.
  • Tidak mudah berputus asa.
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Semangat patriotik nih!
  • Jika dia boleh, kita juga boleh.

Sekian dahulu untuk kali ini. Komen anda amat saya alu-alukan. :Rainbow 

Jumpa lagi.
0

Di Sebalik Sesuatu

Adam adalah seorang pelajar yang pandai, bijak dan cerdik. Dia seringkali mencapai kejayaan yang amat membanggakan di dalam pelajaran. Setiap pagi, dia akan bangun dengan penuh bersemangat untuk pergi ke kelas bagi menimba segala ilmu. Begitulah rutih hariannya pada setiap pagi. 8) 

Namun begitu, ada 1 perkara yang sering menghantui Adam. Walaupun cemerlang di dalam pelajaran, dia sebenarnya adalah seorang pelajar kaki bangku. xP 

Pada setiap petang, dia tidak bermain atau bersukan bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Aktiviti sukan yang terdapat ketika itu adalah seperti bola sepak, sepak raga tuju dan bola tampar. Kebiasaannya pada setiap petang, Adam akan bersendirian di dalam asramanya dan hanya menunggu ketibaan malam. Perasaan bosan pada waktu petang inilah yang sering menghantuinya. :v 

Akhirnya, Adam bertekad untuk berubah dan tidak mahu keadaan yang membosankan itu berterusan. Walau apa cara sekalipun, dia mahu turut serta bersama dengan rakan-rakannya yang lain. :i 

Satu hari, dia memberanikan diri bermain bola sepak bersama dengan rakan-rakannya. Walaupun terdapat beberapa pelajar yang mengalu-alukan penglibatannya, namun terdapat juga segelintir daripada mereka yang memandang rendah kepadanya. :c 

Adam tidak menghiraukan segala perkara itu. Baginya, ia adalah suatu cabaran baru yang mesti ditempuhi. Keesokan petang dan seterusnya, Adam sudah mampu untuk beriadah bersama dengan rakan-rakannya. :party 

Kini setelah hampir 4 tahun masa berlalu, Adam telah berjaya menguasai sedikit sebanyak permainan bola sepak, sepak raga tuju dan bola tampar. Walaupun kemahirannya tidak mencapai taraf yang begitu tinggi, namun dia sangat gembira kerana hari-hari petangnya kini sudah kembali sinar dan bercahaya. :e 

Perkongsian:

  • Hidup ini adalah suatu proses pembelajaran.
  • Benarlah ungkapan yang berbunyi: usaha tangga kejayaan.
  • Manusia merupakan insan yang sempurna dan juga lemah.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'tersentuh' dengan kisah ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Enam Belas MEI

  1. Apakah perbezaan di antara 2 + 2 = 4 dan 2 x 2 = 4 ? :r 
  2. Apakah perbezaan di antara perkataan AIR (Bahasa Malaysia) dan AIR (Bahasa Inggeris) ? ;) 
  3. Bagaimanakah cara yang betul untuk menyebut beberapa perkataan Bahasa Inggeris ini: Two - To - Too ? :Brow 
  4. Bagaimanakah cara yang betul untuk menyebut perkataan Bahasa Malaysia ini: ''Teknologi'', adakah di hujungnya yang ditebalkan itu berbunyi 'gi' atau 'ji' ? :f . 
  5. Cuba sebut pula perkataan ini: ''Gigi'', adakah ianya berbunyi seperti ''jiji'' atau ''gigi''? :e 
  6. Bagaimanakah caranya untuk memandu kenderaan bergear automatik, kenderaan bergear manual atau kenderaan bergear automatik dan manual? :i 

Kesemua perkara ini tidak akan kita ketahui tanpa bimbingan daripada pengajar. Pengajar itu semestilah guru kita. Oleh itu, bersempena dengan Hari Guru pada hari ini iaitu 16 Mei 2010, marilah sama-sama kita mengucapkan: ''Selamat Hari Guru''. Terima kasih guru. :e

Perkongsian:

  • Ingatilah segala jasa dan pengorbanan para guru kita.
  • Senangilah hati para guru.
  • Lakukan sesuatu yang akan membanggakan diri para guru.
  • Jika lakukan kesalahan, pohonlah kemaafan.
  • Ucapkan: Selamat Hari Guru. :h 

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'terhibur' membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Kumbang & Lalat

1 kisah yang agak menarik. Saya menamakannya kisah alam. :r 

Kisah alam: seekor kumbang dan seekor lalat terbang bersama-sama. Apabila tiba di satu kawasan perumahan, mereka sepakat untuk berhenti berehat. Akhirnya kumbang memilih untuk berehat di pokok bunga di dalam kawasan rumah Adam kerana tertarik dengannya. Lalat pula memilih untuk berehat di dalam tong sampah yang terletak di hadapan rumah Adam kerana tertarik dengannya. Kumbang pergi ke bunga dan lalat pergi ke sampah. Begitulah kisahnya. :f 

Perkongsian:

  • Jika kita menyukai seseorang, pasti kita juga akan disukai dan begitulah juga jika sebaliknya.
  • Jika kita ingin disukai, kita terlebih dahulu perlu melakukannya dan begitulah juga jika sebaliknya.
  • Maafkanlah orang di sekeliling anda sebelum tidur.
  • Mulakanlah hari anda dengan senyuman apabila bangun daripada tidur.
  • Senyum selalu. :e 

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'terhibur' membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Marah

Apakah yang akan anda lakukan apabila anda berada dalam keadaan marah? Mengamuk? Memarahi sesiapa sahaja? Melontar benda dan sebagainya?. :@ 

Apabila selesai sahaja bersembahyang jumaat di masjid, Adam keluar dari masjid dan ingin pulang ke rumah. Tetapi alangkah terkejutnya Adam apabila mendapati kasut yang dipakainya tiada. Puas Adam mencari tetapi tiada juga. Di manakah ia? Adam seperti mahu melepaskan kemarahannya terhadap sesiapa yang mengambil kasutnya itu. :Fire 

Namun begitu, Adam cuba menenangkan perasaannya dan berjaya mengawal dirinya. Adam bersangka baik dan tidak mahu menyalahkan sesiapa. ''Mungkin orang yang mengambil kasutku itu tersalah agaknya'', kata Adam kepada dirinya. :Tone 

Setelah itu, Adam pulang ke rumah dengan berkaki ayam sambil jiwa dan perasaannya tenang. :e 

Perkongsian:

  • Jika anda sedang dalam keadaan marah, cuba bertenang dan berfikir dahulu sebelum bertindak.
  • Orang yang sedang marah akan bertindak menggunakan emosinya. Oleh itu, kuasailah emosi dan elakkan ia menguasai kita.
  • Bersangka baiklah terhadap orang lain. Senyumlah dan jiwa kita pasti tenang.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' sepanjang berada di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Tawakal

Peperiksaan akhir di Kolej sudah tamat. Kini kami hanya menunggu keputusannya. Semoga lulus dengan jayanya. :party 

Seorang rakan begitu risau kerana memikirkan keputusan yang akan diperolehinya. Kerisauannya telah mengganggu kehidupan sehariannya. Semuanya serba tidak menjadi. Fikiran semakin kusut dan emosi semakin tidak menentu. xP 

Sebagai pelajar, tahukah bahawa tawakal itu penting. Tawakal itu bermaksud berserah diri secara menyeluruh kepadaNYA dalam suatu perkara setelah kita berusaha dan telah melakukan yang terbaik.

Peperiksaan telah ditempuhi dengan jayanya. Oleh itu, apa yang diperlukan kini adalah tenang dan berserah sepenuh jiwa kepadaNYA. Moga-moga beroleh keputusan yang diinginkan. :e 

Perkongsian:


  • Tawakal mestilah didahului dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
  • Tawakal dan cuba bertenang, hidup anda pasti bahagia.
  • Percaya dan yakinlah kepada kemampuan dan kelebihan diri sendiri.


Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

2S: Selamat & Semoga

1 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan. Oleh itu, selamat bercuti kepada para pekerja yang bercuti pada hari ini. :Tone 

Seorang demi seorang rakan-rakan yang tinggal berjauhan telah pulang ke rumah masing-masing. Rakan-rakan lain akan pulang juga selepas beberapa hari.

Hanya tinggal saya dan beberapa rakan lain di sini kerana rumah kami berdekatan dengan Kolej. Oleh itu, tidak perlulah kami pulang kerana setiap hari kami sentiasa pulang ke rumah. hehe. Kami hanya melambaikan tangan kepada rakan-rakan yang pulang, seorang demi seorang.

eh2..jangan bersedih! :e 

Rakan-rakan yang masih tidak pulang: terdapat di antara mereka yang sibuk menulis 'resume' untuk memohon pekerjaan. Beberapa rakan lain pula sibuk mencari-cari jawatan kosong di beberapa sektor swasta atau kerajaan. Selain itu, terdapat juga beberapa rakan yang berhasrat menyambung lagi pengajian. Walau apa sekalipun pilihan yang akan dipilh, moga lakukan yang terbaik. :d 

Saya pula? Saya bercadang ingin menyambung lagi pengajian saya. Selain itu, saya bercadang ingin mencari pendapatan sampingan secara sambilan melalui internet dan penulisan. Itulah perancangan saya untuk tempoh ini. Semoga segala perancangan kita akan membuahkan hasil, dengan izin daripadaNYA. :h 

Perkongsian:

  • Hidup ini merupakan suatu proses pembelajaran. Ketahuilah!
  • Walau apa sekalipun yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik. Buat habis baik!
  • Perancangan itu penting dan ia mestilah disusuli dengan tindakan. Bertindaklah!

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

Back to Top