0

Letih belajar, Letih bekerja


Selamat berjumpa semua!!! :-).

Letih belajar & letih bekerja. Apakah perbezaanya & manakah yang paling meletihkan?

Dua2 nya meletihkan, tetapi ada titik perbezaannya & ada juga persamaanya.

Perbezaan:-

Belajar: Letih, penat & nikmat. Tidak terlalu memikirkan soal wang, jodoh & pekerjaan. Dapat elaun (duit ibu bapa, pinjaman, dll). Ada masa untuk enjoy.

Bekerja: Letih. Memikirkan soal berkaitan hidup. Lebih bertanggungjawab kerana ada tanggungan. Kurang masa untuk enjoy. Perlu cari elaun sendiri, hehe.

Persamaan:-

Kedua2 nya meletihkan, letih otak & letih badan.

Kedua2 nya juga menyeronokkan kerana belajar memperoleh ilmu & bekerja memperoleh wang. Beruntunglah bagi sesiapa yang mengecapi ilmu & wang.

DAN.....banyak lagi persamaan & perbezaan berdasarkan pandangan peribadi masing2. :-)

0

Harta karun?


Kenapa kita menyebut harta karun dengan panggilan harta karun? hehe..faham? Dari manakah datangnya nama harta karun? Siapakah karun?

Baiklah, sebenarnya nama karun itu diambil dari nama Qarun. Dia adalah seorang yang tersangat kaya. Dia hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Oleh kerana tersangat kaya, dia menjadi bongkak dan sombong sehingga menentang Nabi Musa a.s. Akibat sikapnya itu, bumi telah menelannya bersama dengan harta-hartanya yang banyak itu.

Maka dari situ, wujudlah panggilan harta karun. Kononnya apabila kita menemui sesuatu harta dari bawah tanah, seolah-olah ianya adalah harta Qarun yang tenggelam itu, ya ka? Begitulah al-kisahnya. :-).

Sedikit pengajaran bersama:

1. Segala nikmat adalah hak milik mutlak Yang Esa.

2. Harta yang banyak tidak semestinya dapat menjamin kebahagiaan hidup.

3. 'Sucikan' harta yang banyak dengan mengeluarkan zakat.

4. Tidak salah untuk mengumpul harta yang banyak asalkan tidak lupa diri & hari pembalasan.

5. ...dan banyak lagi pengajaran, rasanya cukup dahulu untuk 4 ini.

Nyatakan pula pengajaran yang anda dapat. :-).

0

Beri Hadiah

Sebagai pelajar, pastinya letih apabila belajar terutama sekali apabila jadual belajar sehingga seharian suntuk. Inilah cabaran & nikmatnya seorang pelajar. Oleh yang demikian, berilah diri anda sedikit hadiah. Hadiah yang dimaksudkan adalah seperti berehat di hari cuti dan sebagainya. Terpulanglah kepada anda bagaimana caranya tetapi yang penting, berilah diri anda hadiah.


Selain itu, apabila kita berjaya mencapai sesuatu impian, berilah juga kepada diri anda sesuatu hadiah. Contohnya seperti pergi melancong ker..atau sebagainya. Terpulanglah kepada anda. Suka saya kaitkan apabila anda menyertai sesuatu pertandingan & anda memenangi tempat pertama, sudah tentu anda mahukan hadiah kan & kerana itulah setiap pertandingan pasti ada penyampaian hadiah.hehe. Begitu jugalah diri anda, maka oleh itu berilah diri anda hadiah.

Terdapat segelintir pelajar yang belajar sehingga mengalami tekanan jiwa, emosi & perasaan.

Terdapat juga mereka yang bekerja mencari rezeki sehingga mengabaikan tanggungjawab yang dipikul di bahunya.

Ada pepatah di zaman belajar dahulu yang berbunyi:
''Belajar biar selamba, Result biar gempak''. (inilah pepatah pelajar, bahasa rojak pulak tu..hehe). Tetapi jangan terlalu selamba ea, bahaya. Ada waktu & ketikanya.

Jadi, berilah diri anda
hadiah. Jangan terleka apabila memberi & menerima hadiah itu. Apa yang penting, beri hadiah, terima ia & terus berusaha untuk kejayaan seterusnya. Itu yang betulnya & sebetulnya. :-) 

0

Kita adalah Kita

Kita adalah diri kita sendiri. Tiada sesiapa yang mampu menjadi diri kita. Maka oleh itu, jadilah diri kita yang sebenarnya. Wah..ayat semangat nih.hehe.


Ada sesiapa yang tiba 2 lemat semangat kerana kekurangan yang ada pada diri? Relaks..Tenang.. Setiap kita mempunyai kelebihan & kelemahan tersendiri. Walau hebat macam mana pun kita, kita tetap ada kelemahan.

Betul
ka setiap kita mempunyai kelebihan & kelemahan tersendiri? Kenapa, xpercaya ea? Baiklah, cuba lihat di sekeliling kita. Bukan lihat saja, lihat, teliti & fikir.. Adakah orang di sekeliling kita sempurna seluruhnya? Tidak, sama ada kita sedari ataupun tidak, seseorang itu pasti ada kelemahannya. Namun begitu, pasti ada kelebihannya yang tersendiri. Itulah anugerah Ilahi. Baiklah, cuba lihat diri kita pula. Hehe..

Oleh kerana itu, berbanggalah dengan diri sendiri. Syukur atas segala kelebihan
& bersabar atas segala kekurangan. Jadilah seorang yang hebat dengan memaksimumkan kelebihan yang kita miliki & jangan terlalu ingin menjadi seperti orang lain sehingga kita lemah semangat. Kita mampu mencontohi seseorang tetapi kita tidak mampu untuk menjadi 100% sepertinya. :-). Cerminlah diri sendiri kerana cermin tidak menipu kita. Say: I am I. :-)

0

Disiplin Diri

Pengajian saya di kolej sudah hampir memasuki minggu yang keempat. Tugasan2 dalam kelas sudah mula bertambah & bertambah. Pening kepala juga apabila memikirkannya. Kelas seharian suntuk, malam pula keletihan, maka tidurlah jawapannya.he.


Jika kita menghadapi keadaan sebegini, apa yang penting adalah kita mesti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Kita wajib mempunyai jadual harian tersendiri mengikut kesesuaian diri. Cara kita belajar & mengulangkaji adalah berbeza. Saya suka mengulangkaji pelajaran pada waktu malam iaitu selepas solat isyak. Selepas solat maghrib lazimnya saya isi dengan membaca & menghafal Al-Quran.


Pada siang hari di kolej, saya akan pergi ke perpustakaan pada waktu lapang. (ini adalah jadual harian terbaru saya, moga saya dapat laksanakannya, hehe). Kebetulan waktu lapang itu kebanyakannya di waktu pagi, maka ia adalah sangat sesuai. Pagi2 otak kita masih segar lagi. :-). Pada waktu ini, saya akan cuba menyelesaikan kerja2 yang sudah mula bertimbun tu.


Pada petang pula, semestinya saya akan beriadah, begitu juga dengan anda semua kan?. Tidak kiralah apa jenis riadah itu, yang penting ianya dapat menyihatkan tubuh kita. Tubuh sihat otak pun cerdas.


Begitulah serba sedikit rutin harian saya sebagai pelajar kolej. Mungkin cara kita semua berbeza, namun apa yang penting adalah kita perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi agar kita dapat mengikuti segala jadual yang kita aturkan. Selain itu, jangan & jangan suka menangguh segala tugasan yang diberikan.Nak berjaya perlulah lebih berusaha, ya x? go caiyok!!!. Moga kita semua memperoleh kejayaan.

0

Kasut Murah

Ini kisah berkaitan adik perempuan saya.
Adik perempuan saya akan memasuki tingkatan 1
& akan menetap di asrama. Emak saya membelikan untuknya segala keperluan, antaranya termasuklah kasut sekolah berwarna hitam. (inilah topik kita, hehe). Kasut itu berharga RM15 selepas ditawar. Hmm..murah & jimat :-). Tetapi, selepas 2 hari memakainya, kasut itu telah rosak. Ya, hanya selepas 2 hari!!. Pelik & ajaib. Lihatlah gambarnya seperti di bawah.Kenapa tiba2 ja saya bercerita tentang kasut? Ada apa dengan kasut? :-?

Mungkin ada beberapa pengajaran yang dapat saya kongsi bersama. Antaranya:

1. Kualiti adalah perkara terpenting dalam apa jua perkara. Begitu juga dalam apa sahaja perkara, kualiti sangat penting. Jika kuantiti itu banyak tetapi tiada kualiti, tiada guna juga. Setujukah anda?

2. Kita perlu membayar sejumlah harga untuk mendapatkan kualiti itu. Pengorbanan
& usaha diperlukan bagi mendapatkan kualiti itu. Bukankah begitu dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan.

Akhir sekali, lakukanlah setiap perkara dengan bersungguh
2. Jangan lakukannya sekadar ingin melepas tangan jer. Okey :-).

Kongsilah apa sahaja pendapat anda bersama saya.
Berikan pendapat anda.

0

Ilmu & Kerjaya

Sebagai pelajar, kita juga tidak akan terlepas daripada menghadapi ujian dalam kehidupan pembelajaran. Jika ada yang berkata kepada anda (secara sinis): kamu nak kerja apa besar nanti?

Hal ini seringkali terjadi kepada pelajar yang mengikuti kursus pembelajaran yang kabur masa depan kerjayanya? apakah tindakan kita? mengalah dan berputus asa ataupun tetap dan kuatkan semangat?.



Berikut saya ingin kongsikan bersama tindakan kita apabila menghadapi keadaan sedemikian:


1. Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Yang Maha Esa. Inilah yang terpenting.


2. Tetap dan kuatkan semangat. Jangan mudah putus asa. Kuasailah segala tohmahan itu dan jangan pula dikuasai olehnya. Anggaplah ia sebagai pembakar semangat kita.


3. Ingatlah, tidak semua mereka yang bersijil mempunyai kerjaya yang bagus. Semuanya bergantung kepada sesiapa yang bijak mengharungi dunia ini. Saya tidak nafikan bahawa sijil itu penting, namun begitu ilmu yang dituntut mestilah dengan niat yang ikhlas, bukannya semata-mata kerana kerjaya.


4. Katakan pada diri sendiri: aku akan buktikan bahawa aku mampu melakukannya!.


5. Ingatlah ibu bapa kita. Apa perasaan mereka apabila ada yang berkata kepada kita sedemikian. Pasti ada sesetengah ibu bapa yang akan terasa seperti diperleceh. Jadi, kuatkan semangat!. Buktikan pada semua bahawa kita adalah anak yang menjadi kebanggaan ibu bapa. Buatkan ibu bapa kita berasa bangga terhadap kita.


Demikianlah sedikit pendapat dari saya. Jika ada sebarang pendapat lain, sangat saya alu-alukan. Akhir sekali, usaha itu penting. Berusahalah menuntut ilmu. Berusahalah mencari rezeki yang halal. Jika kita yakin, insyaAllah rezeki kita akan dipermudahkan.

0

2010

2 0 1 0


Selamat tahun baru kepada semua..


Tahun baru pasti ada azam baru, tetapi yang pasti, umur kita pun semakin meningkat, bukannya semakin muda..he2.


Tahun baru pasti ada azam baru, tetapi azam di tahun2 lepas sudah terlaksana ka belum..hmm..


Sempena tahun baru masihi ini, marilah sama2 kita berhijrah kepada kebaikan, meninggalkan segala keburukan. Semoga dengan itu, hidup kita seharian akan bertambah maju dan lebih bermakna :-).


Salam 2010.

Back to Top