0

Ilmu & Kerjaya

Sebagai pelajar, kita juga tidak akan terlepas daripada menghadapi ujian dalam kehidupan pembelajaran. Jika ada yang berkata kepada anda (secara sinis): kamu nak kerja apa besar nanti?

Hal ini seringkali terjadi kepada pelajar yang mengikuti kursus pembelajaran yang kabur masa depan kerjayanya? apakah tindakan kita? mengalah dan berputus asa ataupun tetap dan kuatkan semangat?.



Berikut saya ingin kongsikan bersama tindakan kita apabila menghadapi keadaan sedemikian:


1. Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Yang Maha Esa. Inilah yang terpenting.


2. Tetap dan kuatkan semangat. Jangan mudah putus asa. Kuasailah segala tohmahan itu dan jangan pula dikuasai olehnya. Anggaplah ia sebagai pembakar semangat kita.


3. Ingatlah, tidak semua mereka yang bersijil mempunyai kerjaya yang bagus. Semuanya bergantung kepada sesiapa yang bijak mengharungi dunia ini. Saya tidak nafikan bahawa sijil itu penting, namun begitu ilmu yang dituntut mestilah dengan niat yang ikhlas, bukannya semata-mata kerana kerjaya.


4. Katakan pada diri sendiri: aku akan buktikan bahawa aku mampu melakukannya!.


5. Ingatlah ibu bapa kita. Apa perasaan mereka apabila ada yang berkata kepada kita sedemikian. Pasti ada sesetengah ibu bapa yang akan terasa seperti diperleceh. Jadi, kuatkan semangat!. Buktikan pada semua bahawa kita adalah anak yang menjadi kebanggaan ibu bapa. Buatkan ibu bapa kita berasa bangga terhadap kita.


Demikianlah sedikit pendapat dari saya. Jika ada sebarang pendapat lain, sangat saya alu-alukan. Akhir sekali, usaha itu penting. Berusahalah menuntut ilmu. Berusahalah mencari rezeki yang halal. Jika kita yakin, insyaAllah rezeki kita akan dipermudahkan.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top