
Ada sesiapa yang tiba 2 lemat semangat kerana kekurangan yang ada pada diri? Relaks..Tenang.. Setiap kita mempunyai kelebihan & kelemahan tersendiri. Walau hebat macam mana pun kita, kita tetap ada kelemahan.
Betul ka setiap kita mempunyai kelebihan & kelemahan tersendiri? Kenapa, xpercaya ea? Baiklah, cuba lihat di sekeliling kita. Bukan lihat saja, lihat, teliti & fikir.. Adakah orang di sekeliling kita sempurna seluruhnya? Tidak, sama ada kita sedari ataupun tidak, seseorang itu pasti ada kelemahannya. Namun begitu, pasti ada kelebihannya yang tersendiri. Itulah anugerah Ilahi. Baiklah, cuba lihat diri kita pula. Hehe..
Oleh kerana itu, berbanggalah dengan diri sendiri. Syukur atas segala kelebihan & bersabar atas segala kekurangan. Jadilah seorang yang hebat dengan memaksimumkan kelebihan yang kita miliki & jangan terlalu ingin menjadi seperti orang lain sehingga kita lemah semangat. Kita mampu mencontohi seseorang tetapi kita tidak mampu untuk menjadi 100% sepertinya. :-). Cerminlah diri sendiri kerana cermin tidak menipu kita. Say: I am I. :-)

0 comments:
Post a Comment