
Selain itu, apabila kita berjaya mencapai sesuatu impian, berilah juga kepada diri anda sesuatu hadiah. Contohnya seperti pergi melancong ker..atau sebagainya. Terpulanglah kepada anda. Suka saya kaitkan apabila anda menyertai sesuatu pertandingan & anda memenangi tempat pertama, sudah tentu anda mahukan hadiah kan & kerana itulah setiap pertandingan pasti ada penyampaian hadiah.hehe. Begitu jugalah diri anda, maka oleh itu berilah diri anda hadiah.
Terdapat segelintir pelajar yang belajar sehingga mengalami tekanan jiwa, emosi & perasaan.
Terdapat juga mereka yang bekerja mencari rezeki sehingga mengabaikan tanggungjawab yang dipikul di bahunya.
Ada pepatah di zaman belajar dahulu yang berbunyi: ''Belajar biar selamba, Result biar gempak''. (inilah pepatah pelajar, bahasa rojak pulak tu..hehe). Tetapi jangan terlalu selamba ea, bahaya. Ada waktu & ketikanya.
Jadi, berilah diri anda hadiah. Jangan terleka apabila memberi & menerima hadiah itu. Apa yang penting, beri hadiah, terima ia & terus berusaha untuk kejayaan seterusnya. Itu yang betulnya & sebetulnya. :-)

0 comments:
Post a Comment