0

Mendengar Dengan Berkesan

Artikel kali ini adalah susulan daripada artikel-artikel yang lepas iaitu berkaitan dengan 'public speaking' dan bertutur dengan berkesan.

Setelah bercakap, pasti ada yang mendengar. Jika bercakap keseorangan tanpa sebab yang munasabah, pasti ada sesuatu yang tidak kena di situ. :D

Perkongsian kali ini adalah bagaimana untuk mendengar dengan berkesan?

Pertama sekali: Anggaplah bahawa yang sedang bercakap itu adalah kita. Apa perasaan kita ketika itu?.

Kedua: Beri perhatian yang sepenuhnya.

Ketiga: Elakkan daripada menilai seseorang yang berucap dari segi luaran. Mungkin apa yang diucapkan itu bermanfaat bagi kita walaupun sedikit.

Keempat: Tidak mencelah ketika seseorang sedang berucap. Namun begitu, hal ini tertakluk kepada waktu dan ketikanya. Contohnya di majlis rasmi yang besar, mencelah ketika seseorang sedang berucap eloklah dielakkan. Adapun di dalam kelas pembelajaran ataupun di dewan kuliah, sesetengah guru mahukan anak muridnya aktif. Jika anda pernah bergurukan pensyarah-pensyarah contohnya dari Mesir, pasti anda akan mengakui hakikat ini. :e 

Kelima: Tunjukkan reaksi yang baik. Tidak terlalu 'selamba' dan tidak pula terlalu memberi tumpuan sehingga mata menjadi kecil. hehe..

Sekian sahaja untuk 5 ini. Jika anda ada apa-apa berkaitan topik ini, kongsilah bersama saya. Saya juga seperti anda, masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi hebat. InsyaAllah. Kita boleh 8) .

0

Cuti Dah Habis..

Hari ini tamatlah sudah percutian indah saya, cuti pertengahan semester ditambah pula dengan 2 hari cuti tahun baru cina, hmm..boleh tahan juga cuti kali ni. hehe.

Dan hari ini juga akan bermulalah semula kuliah saya di kolej. Hadiah sudah diberi kepada diri, kini tibanya masa  untuk kembali beraksi. Moga-moga enjin yang berehat lama tidak akan semput. :) .

Semoga kita tidak mengantuk ketika di dalam kelas.
Semoga kita lebih bersemangat untuk belajar.
Semoga kita berjaya dengan jayanya.

Apa yang penting, bersungguh-sungguhlah dalam melakukan setiap perkara. Sebagai pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Sebagai pekerja, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Sebagai pencuri, insaf-insaflah. :) .

Baiklah, cukup dahulu untuk artikel ringkas kali ini. Jadilah sahabat blog ini. Semoga berjumpa lagi.

0

Bertutur Dengan Berkesan

Bertuturlah


Masihkah anda ingat artikel yang lepas berkenaan 'public speaking'? Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana hendak praktikkan pengucapan umum. Sebelum itu, ingatlah bahawa tidak semestinya pengucapan umum adalah di khalayak ramai. Aktiviti harian kita juga banyak menuntut kita untuk bercakap, bertutur, berkata-kata, berucap dan sebagainya. :)


Berikut beberapa cara yang dapat dilakukan:


1. Tutur dengan penuh yakin


2. Pastikan ayat-ayat anda teratur.


3. Pastikan mata anda bersama dengan mata pendengar (eye contact). Ia berbeza mengikut keadaan.


4. Sekiranya boleh, sertai juga dengan beberapa pergerakan badan (body language). Contohnya: pergerakan tangan.


5. Sekiranya melibatkan sesuatu urusan rasmi, tuturlah dengan bahasa baku dan elakkan bahasa pasar walaupun anda berada di negeri anda sendiri. Ini akan lebih memberi kesan khususnya kepada pendengar.


6. Tenang dan jangan gemuruh. Just relax okey :) (termasuklah saya)


7. Bertindaklah secara professional.


Sekadar itu dahulu untuk kali ini dan pasti ada banyak lagi cara-caranya selain daripada 7 ini. Kongsilah bersama saya dengan memberi komen. :D .


Back to Top