0

Bahagi-bahagikan

Peperiksaan akhir di Kolej hanya tinggal 15 hari sahaja lagi. Kedengaran seperti jauh lagi, bagaimana jika saya sebut hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Kedengaran seperti sudah hampir. Jika saya tolak pula dengan masa tidur, masa rehat, masa main dan segala masa yang terbuang, mungkin hanya tinggal bagi saya cuma seminggu sahaja lagi. :c 

Tugasan-tugasan dalam kelas masih ada yang tidak disiapkan lagi. Mesti siapkan sekarang juga!!. :Fire 

Hidupkan enjin, mulakan langkah, usah berlengah-lengah lagi, mulakan ulangkaji pelajaran sekarang.

Hari-hari yang kian suntuk memerlukan teknik ulangkaji yang berkesan. Cara yang terbaik bagi saya: ulangkaji sedikit-sedikit tetapi dilakukan secara berterusan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. xP 

Ada tetapinya, tetapi jika sudah terlalu lambat dan sudah tersangat hampir hari peperiksaan itu, percepatkanlah langkah ulangkaji itu. Pecut tetapi jangan sehingga terbabas. 

Oleh itu, ayuh mulakan langkah sekarang. Mulakan! :e 

Perkongsian:

  • Orang yang berjaya adalah orang yang tidak suka menangguhkan perkara yang ingin dilakukannya.
  • Jika perkara yang ingin dilakukan terasa berat dan susah, pecahkannya ke dalam beberapa bahagian dan selesaikannya secara berperingkat.
  • Sedikit-sedikit lama kelamaan akan menjadi bukit.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

1+1=120

1+1=120 ?. Benarkah pengiraan ini? Jika sekali imbas, sudah tentu ianya salah. Hal ini kerana 1+1=2 dan bukannya 120. Akan tetapi kenapa pula jawapan yang diberikan adalah 120?

Ayuh..cepat..siapa yang dapat merungkai permasalahan ini? Kuiz ''cepat congak''. hehe.. :r 

Memang benar jawapannya yang sebenar adalah 2. Akan tetapi jika diubah sedikit dan diimbas daripada sudut yang lain, jawapan 120 juga adalah benar. Bagaimana? Mudah sahaja. Begini caranya:

1 jam + 1 jam = 120 minit. ya tak? hehe...jangan marah, gurau-gurau. :e 

Perkongsian:

  • Menuntut ilmu itu adalah suatu kemestian terutamanya ilmu berkaitan agama. Namun begitu, ilmu-ilmu lain juga tidak boleh diabaikan seperti ilmu matematik, kedoktoran dan sebagainya. Contohnya Al-Khawarizmi (pakar matematik), Ust. Zaharuddin Abd Rahman (pakar kewangan Islam) dan lain-lain.
  • Manfaatkan akal sepenuhnya sedaya yang mampu.
  • Berfikir dahulu sebelum bertindak dan bertindaklah selepas berfikir. 
  • Berhati-hati terhadap segala perkara yang mempunyai udang di sebalik batu.
  • Kita tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali.


Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow 

Jumpa lagi.

0

Hujan yang turun...

Hari ini hari jumaat..cuaca sungguh redup..sudah lama bahagian utara tidak redup semenjak Malaysia mengalami cuaca panas..hujan jarang-jarang turun kecuali di beberapa kawasan tertentu sahaja..rasa sungguh seronok dan bahagia.. Mungkinkah kerana keberkatan hari jumaat, hari yang mulia bagi orang Islam. Aamiin.

Apabila hari menghampiri petang, hujan pun turun :e . Alhamdulillah, sudah lama tidak merasai nikmat hujan. Akhirnya, pada hari ini bersempena dengan hari jumaat, hujan pun turun setelah sekian lama tidak turun.

Bersyukur kerana cuaca yang redup dan hujan. Bersyukur juga kerana cuaca panas, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. :h 

Satu cerita: Tempoh hari sebelum memulakan pengajarannya, pensyarah saya ada bertanya: adakah kamu semua berasa panas? Kami menjawab: ya, sangat-sangat panas. Sambil tersenyum pensyarah kami berkata: semoga kita semua akan memperoleh rahmatNYA.


Perkongsian:
  • Kita mesti bersyukur atas segala nikmat dan bersabar atas segala ujian.
  • Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tidak kita sedari.
  • Jika kita diuji, pohonlah semoga kita tabah menghadapinya.
  • Bercutilah di hari jumaat kerana ia merupakan hari kita.


Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada sebarang perkongsian tambahan, amat saya alu-alukan.

Semoga anda 'gembira' setiap kali membaca di blog ini. :Rainbow

Jumpa lagi.

Back to Top