0

Beri Hadiah

Sebagai pelajar, pastinya letih apabila belajar terutama sekali apabila jadual belajar sehingga seharian suntuk. Inilah cabaran & nikmatnya seorang pelajar. Oleh yang demikian, berilah diri anda sedikit hadiah. Hadiah yang dimaksudkan adalah seperti berehat di hari cuti dan sebagainya. Terpulanglah kepada anda bagaimana caranya tetapi yang penting, berilah diri anda hadiah.


Selain itu, apabila kita berjaya mencapai sesuatu impian, berilah juga kepada diri anda sesuatu hadiah. Contohnya seperti pergi melancong ker..atau sebagainya. Terpulanglah kepada anda. Suka saya kaitkan apabila anda menyertai sesuatu pertandingan & anda memenangi tempat pertama, sudah tentu anda mahukan hadiah kan & kerana itulah setiap pertandingan pasti ada penyampaian hadiah.hehe. Begitu jugalah diri anda, maka oleh itu berilah diri anda hadiah.

Terdapat segelintir pelajar yang belajar sehingga mengalami tekanan jiwa, emosi & perasaan.

Terdapat juga mereka yang bekerja mencari rezeki sehingga mengabaikan tanggungjawab yang dipikul di bahunya.

Ada pepatah di zaman belajar dahulu yang berbunyi:
''Belajar biar selamba, Result biar gempak''. (inilah pepatah pelajar, bahasa rojak pulak tu..hehe). Tetapi jangan terlalu selamba ea, bahaya. Ada waktu & ketikanya.

Jadi, berilah diri anda
hadiah. Jangan terleka apabila memberi & menerima hadiah itu. Apa yang penting, beri hadiah, terima ia & terus berusaha untuk kejayaan seterusnya. Itu yang betulnya & sebetulnya. :-) 

0

Kita adalah Kita

Kita adalah diri kita sendiri. Tiada sesiapa yang mampu menjadi diri kita. Maka oleh itu, jadilah diri kita yang sebenarnya. Wah..ayat semangat nih.hehe.


Ada sesiapa yang tiba 2 lemat semangat kerana kekurangan yang ada pada diri? Relaks..Tenang.. Setiap kita mempunyai kelebihan & kelemahan tersendiri. Walau hebat macam mana pun kita, kita tetap ada kelemahan.

Betul
ka setiap kita mempunyai kelebihan & kelemahan tersendiri? Kenapa, xpercaya ea? Baiklah, cuba lihat di sekeliling kita. Bukan lihat saja, lihat, teliti & fikir.. Adakah orang di sekeliling kita sempurna seluruhnya? Tidak, sama ada kita sedari ataupun tidak, seseorang itu pasti ada kelemahannya. Namun begitu, pasti ada kelebihannya yang tersendiri. Itulah anugerah Ilahi. Baiklah, cuba lihat diri kita pula. Hehe..

Oleh kerana itu, berbanggalah dengan diri sendiri. Syukur atas segala kelebihan
& bersabar atas segala kekurangan. Jadilah seorang yang hebat dengan memaksimumkan kelebihan yang kita miliki & jangan terlalu ingin menjadi seperti orang lain sehingga kita lemah semangat. Kita mampu mencontohi seseorang tetapi kita tidak mampu untuk menjadi 100% sepertinya. :-). Cerminlah diri sendiri kerana cermin tidak menipu kita. Say: I am I. :-)

0

Disiplin Diri

Pengajian saya di kolej sudah hampir memasuki minggu yang keempat. Tugasan2 dalam kelas sudah mula bertambah & bertambah. Pening kepala juga apabila memikirkannya. Kelas seharian suntuk, malam pula keletihan, maka tidurlah jawapannya.he.


Jika kita menghadapi keadaan sebegini, apa yang penting adalah kita mesti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Kita wajib mempunyai jadual harian tersendiri mengikut kesesuaian diri. Cara kita belajar & mengulangkaji adalah berbeza. Saya suka mengulangkaji pelajaran pada waktu malam iaitu selepas solat isyak. Selepas solat maghrib lazimnya saya isi dengan membaca & menghafal Al-Quran.


Pada siang hari di kolej, saya akan pergi ke perpustakaan pada waktu lapang. (ini adalah jadual harian terbaru saya, moga saya dapat laksanakannya, hehe). Kebetulan waktu lapang itu kebanyakannya di waktu pagi, maka ia adalah sangat sesuai. Pagi2 otak kita masih segar lagi. :-). Pada waktu ini, saya akan cuba menyelesaikan kerja2 yang sudah mula bertimbun tu.


Pada petang pula, semestinya saya akan beriadah, begitu juga dengan anda semua kan?. Tidak kiralah apa jenis riadah itu, yang penting ianya dapat menyihatkan tubuh kita. Tubuh sihat otak pun cerdas.


Begitulah serba sedikit rutin harian saya sebagai pelajar kolej. Mungkin cara kita semua berbeza, namun apa yang penting adalah kita perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi agar kita dapat mengikuti segala jadual yang kita aturkan. Selain itu, jangan & jangan suka menangguh segala tugasan yang diberikan.Nak berjaya perlulah lebih berusaha, ya x? go caiyok!!!. Moga kita semua memperoleh kejayaan.

Back to Top