0

Atas Landasan

Hari Sabtu lepas, teramatlah sibuk saya dan letih dengan futsal, bukan kerana beraksi tetapi kerana menyaksi. Kenapa sengaja menyaksi? Kerana ia melibatkan kawan-kawan, sekurang-kurangnya dapat sumbang sokongan moral dan jadi si pengkritik di belakang. :r 

Menang dan kalah adalah adat dalam sesuatu pertandingan. Jika kalah, mudah sahaja untuk menanganinya..katakan pada diri sendiri dengan melakukan sedikit perubahan pada struktur ayat. Contohnya:

Saya bukanlah yang terbaik tetapi saya juga bukan yang terakhir.
Saya tidak kalah cuma saya belum menang lagi.

Perhatikan 2 ayat di atas, keduanya datang dalam bentuk positif. Minda yang positif akan melahirkan tindakan yang positif dan seterusnya akan diikuti oleh usaha yang konsisten.

Kadangkala kekalahan yang dihadapi membuatkan kita untuk terus berusaha. Selain itu, ia juga dapat menyedarkan kita akan kelemahan yang harus diperbaiki dan ditingkatkan lagi. Ia juga dapat menguji sejauh mana kekentalan emosi kita dalam mengawal perasaan khususnya marah. Jika kita kalah hari ini, tidak semestinya kita akan kalah lagi keesokannya dan pastinya kita tidak mahu untuk terus kalah pula. Jika kita suka kalah, pelik juga tu!. xo 

Senyumlah dan rasailah betapa nikmatnya jiwa yang tenteram daripada sebarang perkara negatif. :) .

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada apa-apa tambahan, adalah amat dialu-alukan.

Jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top