
Tiba2 ja gambar pembesar suara. Hal ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan 'public speaking' ataupun pengucapan awam. Kenapa pula? kerana saya sedang mengulangkaji subjek public speaking. :O .
Apa itu 'public speaking'? mudah sahaja, pengucapan awam atau pun berucap dan bercakap di khalayak ramai. Jangan marah :D .
Pentingkah kemahiran ini? Sejauh mana pentingnya ia?
Cuba lihat dan perhati di sekeliling kita. Kebanyakan mereka yang hebat adalah mereka yang berkebolehan dalam pengucapan awam ini. Tidak saya nafikan tidak semua kita mempunyai kebolehan ini. Namun begitu ia boleh dipelajari dan diamalkan. Orang biasa seperti kita pun boleh. Buktikan! 8) .
Selain itu, ia bukan sahaja melibatkan pengucapan di khalayak ramai, malah di situasi-situasi yang lain juga. Contohnya seperti di kedai kopi, di pejabat, di hari perayaan bersama keluarga dan sebagainya.
Bayangkanlah anda akan ditemuduga bagi sesuatu kerja dan pastinya anda akan diaju dengan beberapa soalan yang menuntut anda untuk bersuara :) . Bukankah kemahiran bercakap ketika itu sangat penting.
Nak contoh lagi? baiklah. Anda sudah berkahwin dan mempunyai anak. Anak anda berjaya mencapai keputusan yang cemerlang di sekolah. Pihak sekolah menjemput anda untuk memberikan ucapan berkenaan tips-tips mendidik anak. Nah..nampakkan kepentingannya.
Nak lagi?. Anda adalah ejen pemasaran bagi sesuatu produk. Anda ingin menjual produk kepada pelanggan anda. Bagaimanakah keadaannya apabila anda lemah dalam menyampaikan ucapan.
Begitu juga jika anda adalah ustaz, guru, ataupun pensyarah. Hal ini kerana mengajar itu juga merupakan penyampaian awam. Semestinya kita mahu para pendengar dapat memahami sebaiknya apa yang kita sampaikan.
Anda sudah nampak kepentingannya kan. Ayuh sama-sama kita tingkatkan kemahiran kita termasuklah diri saya. hehe :$ .
Semoga berjumpa lagi.

0 comments:
Post a Comment